PENGENALAN PPRT
Tujuan utama Program Mohon Rumah PPRT ini diperkenalkan adalah bagi meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar dengan cara membina atau membaik pulih rumah agar dapat tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.
Baca sini: Jenis Pengeluaran Khas KWSP Yang Boleh Dibuat Oleh Ahli
Baca Juga: Bantuan AM RM350 sebulan, semak kelayakan anda di sini
Cara Mohon Rumah PPRT Terkini 2022
Pada tahun 2022 ini, perlbagai bantuan yang telah dilancarkan untuk membantu rakyat yang memerlukan. Untuk mereka yang terlepas pandang, Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun diperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau yang lebih dikenali sebagai PPRT. Program ini lebih mensasarkan kepada golongan yanbg ingim membina rumah baharu atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan.
KATEGORI RUMAH PPRT
Terdapat 2 kategori yang disediakan iaitu :
1) BINA BARU
Bantuan pembinaan rumah baharu atau Mohon Rumah PPRT akan diberikan kepada pemohon yang tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.
2) BAIK PULIH
Ini melibatkan 3 elemen penting iaitu Penyelenggaraan, Requisition dan Penambah Baikkan iaitu, Syarat program baik pulih rumah ialah Mendapat surat kebenaran bagi mereka yang menumpang tapak tanah milik dari pemilik Pemohon yang memiliki rumah usang atau kerosakan disebabkan bencana dan masih boleh diperbaiki untuk Mohon Rumah PPRT ini.
BANTUAN PPRT
Permohonan bantuan PPRT ini akan diberi keutamaan kepada golongan yang berikut :
- Warga Emas
- Bapa atau Ibu Tunggal yang memiliki tanggungankeluarga yang ramai
- Mangsa Bencana Alam berskala kecil
- Orang Kelainan Upaya – OKU
- Kawasan Daerah dan Negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi
CARA-CARA MEMOHON BANTUAN RUMAH PPRT 2022
Anda perlu layari Portal Rasmi eSPKR – https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/. Sila tekan butang “Program Perumahan Rakyat Termiskin” pada halaman utama dan lengkapkan maklumat anda di ruang yang telah disediakan. Setelah seesai, klik “Hantar Permohonan”
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau maklumat mengenaik bantuan ini, anda boleh hubungi melalui cara E-mel : [email protected] atau Talian Khas : 03 8000 8000.
Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.
Sumber: Portalharian