Mohon Bantuan IKPP RM250 Pendapatan suami bawah RM5,000
Mohon Bantuan IKPP RM250 Pendapatan suami bawah RM5,000 – IKPP atau nama penuhnya Insentif Khas Pasangan Pengantin adalah sebuah insentif ini disediakan untuk pasangan pengantin baru yang menepati syarat-syarat kelayakan dan garis panduan yang ditentukan.
Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga dengan bantuan kewangan yang dikenali sebagai IKPP.
Mohon Bantuan IKPP RM250 Pendapatan suami bawah RM5,000
Syarat-syarat Kelayakan:
– Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
– Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
– Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
– Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN))
– Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
– Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
– Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
– Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
Cara Mohon Bantuan IKPP RM250 Pendapatan suami bawah RM5,000
Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan IKPP dengan lengkap.
Ia kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.
Maklumat lebih lengkap dan borang permohonan bantuan ini boleh didapati di Portal e-Munakahat Pahang – DI SINI.
Semak Juga info : Ini Maklumat Terbaru Pengeluaran KWSP 2023
Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia
Mohon Bantuan IKPP RM250 Pendapatan suami bawah RM5,000
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – Mohon Bantuan IKPP RM250 Pendapatan suami bawah RM5,000