Mohon Bantuan Barang Dapur RM 300

Mohon Bantuan Barang Dapur RM 300 Sebulan Buat Anda

Semakan bantuan barang dapur rm300

Mohon Bantuan Barang Dapur RM 300 Sebulan Buat Anda – Mohon Bantuan Barang Dapur RM 300 Sebulan Buat Anda. Khas buat rakyat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Bantuan Kehidupan

Khas buat rakyat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dalam Belanjawan Negeri yang dibentangkan pada 26 November 2021 lepas. Mohon Bantuan Barang Dapur RM 300 Sebulan Buat Anda.

BINGKAS merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor bagi membantu ketua keluarga yang mempunyai tanggungan dibawah RM 3,000 dengan memberikan bantuan bulanan untuk pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM 300.

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini memperuntukkan RM 3,600 setahun ataupun RM 300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak.

Bantuan ini adalah sebuah bantuan yang akan menggantikan inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang ditamatkan pada 30 Jun 2022 lalu.

Kerajaan Selangor telah memperuntukkan bantuan keseluruhan RM 108 juta bagi membantu 30,000 isi rumah yang layak termasuklah golongan ibu tunggal.

Tujuan utama bantuan ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

Permohonan dan Pendaftaran Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) hendaklah menepati syarat dan kelayakan berikut

– Warganegara Malaysia
– Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
– Pemilih berdaftar di Selangor
– Keluarga yang mempunya tanggungan yang berusia 18 tahun dan ke bawah
– Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 sebulan

Untuk memohon, anda boleh layari laman web BINGKAS Selangor di pautan berikut
https://bingkasselangor.com/

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), boleh hubungi 1800-22-6600 atau layari portal rasmi di atas.

Bantuan Barang Dapur

Semakan bantuan barang dapur rm300

Semakan bantuan dapur rm300 Cara Semakan Status Lulus atau Tidak

PERTAMA : Jika anda layak, anda akan dapat satu sms dari pihak Mykasih mengatakan anda layak sebarang salah seorang dari penerima bantuan barang dapur RM300 KEDUA: atau anda boleh juga semak secara online melalui link pautan di bawah ini

PERKARA LINK PAUTAN

Semakan online bantuan barang dapur https://apps.epetrol.com.my
melalui apps epetrol

– Cara daftar e kasih online

Leave a Comment