Menurut laporan Siam News, difahamkan anak beranak itu bertindak sedemikian selepas si ibu
Lelaki ini terpaksa membawa anak-anaknya berjalan ratusan kilometer untuk mncari kerja. Menurut laporan Siam News, difahamkan anak beranak itu bertindak sedemikian selepas si ibu nekad meninggalkan mereka dipercayai telah ‘melarikan diri’ bersama lelaki lain.
Seorang bapa terpaksa membawa kedua-dua orang anaknya yang masih kecil demi mencari pekerjaan di sebuah tapak pembinaan. Kisah yang berlaku Nakhon Ratchasima, Thailand itu dikongsikan oleh seorang lelaki yang secara kebetulan menemui mereka di berjalan di tepi jalan di tengah-tengah cuaca panas.
Tak boleh bayangkan bagaimana dan berapa lama baru mereka boleh sampai kesana dengan berjalan kaki, lagi-lagi anak-anaknya yang masih kecil lagi. Mujurlah mereka terserempak dengan seorang pemandu yang baik hati dan kemudiannya menumpangkan mereka.
Si bapa dan anak-anaknya berjalan kaki di tengah panas dan kelihatan letih dan kelaparan dan apa yang lagi menyedihkan ialah lokasi yang dituju mereka juga masih sangat jauh iaitu dalam 100km lagi untuk sampai sebelum ditemui oleh seorang lelaki prihatin.
“Masa memandu ke tempat kerja, saya ternampak seorang lelaki membawa dua beg dan memegang tangan kanak-kanak kecil, dipercayai anaknya di tepi jalan di Ban Kham,” katanya.
Menerusi laman Facebook, Pak Ratthaphim memuat naik posting berkongsi kisah mengenai lelaki berkenaan ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja.
Tidak sampai hati melihat situasi tersebut, Ratthaphim berpatah semula sebelum memberhentikan keretanya di tepi jalan untuk bertanya lebih lanjut dengan lelaki tersebut.
Alangkah terkejutnya Ratthaphim apabila mengetahui kisah mereka. Merasa kesian, dia kemudian menumpangkan mereka ke Korat dan memberi sedikit wang selain sempat memberi pesanan kepada lelaki itu agar menjaga anak-anak dengan baik.
Dari dalam kereta, dia melihat lelaki berkenaan terus membawa kedua-dua anaknya masuk ke dalam restoran yang pasti kelaparan setelah berjalan jauh mengikut si bapa.
“Selagi kita boleh bantu, mari bantu antara satu sama lain. Semoga lelaki itu sentiasa kuat dan berjaya membesarkan anak-anaknya,” ujar Ratthaphim.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Oh Bulan
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih, Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami