Rakyat Malaysia yang ingin memiliki rumah sendiri Bantuan RM20,000 KHAS untuk anda!
Memiliki rumah sendiri Bantuan RM20,000 terkini 2022 – Program RMM ini diwujudkan dalam usaha membantu rakyat berpendapatan rendah yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah persendirian di mana mereka boleh membina rumah sendiri untuk keselesaan mereka.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah sebuah syarikat pembangunan perumahan negara yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia sejak 1997. SPNB terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Ia bertujuan untuk menyediakan rumah berkualiti tinggi dan mampu milik kepada setiap isi rumah yang layak di Malaysia
SYARAT KELAYAKAN
Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak SPNB dan KPKT :
Bakal pemohon haruslah Warganegara Malaysia
Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas
Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 3,000
Pemohon serta pasangan haruslah yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah yang usang
Tapak tanah adalah bersesuaian dan bebas daripada gadaian atau bebanan ke atasnya.
Sekiranya pemohon adalah bukan pemilik tanah maka pemohon harus meminta kebenaran daripada pemilik tanah
Keluasan tanah adalah tidak kurang daripada 3,600 kps
Berikut adalah harga dan ciri RMM yang disediakan oleh SPNB. Semua jenis rumah RMM mempunyai konsep yang sama iaitu 1 tingkat dengan 2 bilik air dan 3 bilik tidur.
1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
Harga : RM 75,000
Subsidi Pembinaan : RM 20,000
Jumlah Pinjaman : RM 55,000
Anggaran Bayaran Bulanan selama 16 tahun : RM 300 sebulan
2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
Harga : RM 85,000
Subsidi Pembinaan : RM 20,000
Jumlah Pinjaman : RM 65,000
Anggaran Bayaran Bulanan selama 16 tahun : RM 350 setahun
3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah,Sarawak,Labuan)
Harga : Bermula RM 75,000 – RM 106,000
Subsidi Pembinaan : RM 20,000
Jumlah Pinjaman : RM 55,000 – RM 86,500
Anggaran Bayaran Bulanan selama 16 tahun : RM 300-RM470 sebulan
Untuk pengetahuan anda, permohonan boleh dibuat dengan dua(2) cara iaitu secara Online atau Manual.
1. Permohonan Secara Online
Layari laman web SPNB https://rmr.spnbonline.com.my/
Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap
Seterusnya, ID dan Kata Lalaun akan dihantar ke e-mel
Log masuk ke SPNB dengan ID dan kata laluan yang telah diberikan
Lengkapkan borang yang dikendaki
Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran
Seterusnya, cetak borang tersebut
Akhir sekali, hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB yang berdekatan
Artikal Lain: Pengeluaran Khas KWSP diluluskan oleh kerajaan bermula November
2. Permohonan Secara Manual
Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di Cawangan SPNB
Setelah selesai isi, hantar kembali borang beserta dokumen yang diperlukan
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut ialah antara dokumen yang diperlukan
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
Salinan kad pengenalan tuan tanah
Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika ada)
Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi daripada Pejabat Tanah yang terbaru
Slip gaji terkini selama 3 bulan / surat akaun sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon
Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memilki rumah atau memiliki rumah yang usang
Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
Salinan sijil nikah pemohon
Borang laporan tapak bergambar
Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang hendaklah disahkan melalui Ketua Kampung / Pegawai Ikhtisas Kelas A
SEMAKAN KELULUSAN
Segala maklum balas akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan dan kelulusan hanya akan dibuat mengikut peruntukan kewangan tahunan.
Tempoh pembinaan rumah yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan daripada tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian.
Memiliki rumah sendiri Bantuan RM20,000 terkini 2022
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian rasmi ibu pejabat Syarikat Perumahan Negara Berhad
03-2618 5555
03-2618 5556
Anda juga boleh hadir ke cawangan SPNB berdekatan anda untuk bertanya apa-apa soalan mengenai Rumah Mesra Rakyat ini.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.
Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. – Memiliki rumah sendiri Bantuan RM20,000 terkini 2022