simpanan ahli kini membimbangkan, Jangan bergantung KWSP

simpanan ahli kini membimbangkan, Jangan bergantung KWSP

simpanan ahli kini membimbangkan, Jangan bergantung KWSP – Tahap simpanan persaraan rakyat Malaysia kini boleh dianggap sebagai membimbangkan, selepas kerajaan membenarkan pengeluaran khas dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak empat kali berkaitan Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri baru-baru ini mengetengahkan seramai 6.7 juta ahli, atau 51 peratus daripada keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun hanya mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 di dalam akaun KWSP selepas pengeluaran berkenaan.

Amaun tersebut, jika tidak ditambah akan menyebabkan ahli beroleh pendapatan persaraan kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun selepas bersara, bersamaan dengan RM1.40 sehari, sekadar cukup untuk mendapatkan secawan kecil teh tarik di restoran pada harga sekarang.

simpanan ahli kini membimbangkan, Jangan bergantung KWSP

Semak Juga: Mohon Bantuan IKPP RM250 Pendapatan suami bawah RM5,000

Mohon Juga: Ini Maklumat Terbaru Pengeluaran KWSP 2023

Data terbaharu daripada KWSP mengukuhkan kebimbangan tersebut.

simpanan ahli kini membimbangkan, Jangan bergantung KWSP

Menurut KWSP, sejumlah 8.1 juta ahlinya, atau 61 peratus daripada ahli di bawah usia 55 tahun telah memohon sekurang-kurangnya satu daripada empat pengeluaran khas berkaitan Covid-19, yang terus menjejaskan simpanan mereka.

Daripada 8.1 juta ahli yang membuat pengeluaran, empat peratus telah mencapai usia 55 tahun dan ke atas setakat Januari lalu, seterusnya beroleh akses penuh kepada kesemua simpanan KWSP mereka.

Untuk lebihan 7.8 juta ahli yang membuat pengeluaran dan berusia bawah 55 tahun setakat Januari, 4.6 juta atau 59 peratus telah mula membina semula simpanan KWSP mereka, dengan pertumbuhan simpanan bersih berjumlah RM26.1 bilion direkodkan dalam tempoh lapan bulan selepas pengeluaran khas terakhir tamat pada Mei 2022.

Pada masa sama, 3.1 juta lagi atau 39 peratus ahli yang membuat pengeluaran khas dan berusia bawah 55 tahun setakat Januari masih tidak mula membina semula simpanan KWSP masing-masing.

Tahap simpanan mereka kini kritikal, dengan simpanan median hanya RM890.

simpanan ahli kini membimbangkan, Jangan bergantung KWSP

simpanan ahli kini membimbangkan, Jangan bergantung KWSP

Beban kerajaan

Prinsipal Ipsos Strategy3 (Malaysia), Ganesan Periakarruppan berkata, situasi sekarang menyerlahkan ketidaksediaan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi kecemasan, yang akan menyebabkan kerajaan perlu memikul beban kewangan yang lebih tinggi apabila pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang mencukupi.

Tambahnya, cabaran berkenaan dijangka menjadi lebih teruk dengan jangka hayat rakyat Malaysia dijangka terus meningkat, dan mereka mempunyai simpanan terhad untuk membantu dalam sebarang kecemasan terutamanya keperluan perubatan yang mendesak, atau apabila berhadapan dengan cabaran kritikal seperti hilang upaya.

“KWSP menetapkan sasaran simpanan asas sebanyak RM240,000 apabila ahlinya mencapai umur 55 tahun, yang membolehkan mereka bersara dengan RM1,000 sebulan.

“Dengan jangka hayat yang dijangka meningkat dan kos sara hidup lebih tinggi, jumlah ini tidak akan mencukupi untuk bersara dengan selesa.

“Penyelidikan telah menunjukkan bahawa untuk seseorang individu mempunyai persaraan yang sesuai di Lembah Klang, mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan.

“Ini bermakna, selama 20 tahun, individu tersebut memerlukan RM600,000,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Tambah had umur persaraan?

Ganesan berkata, langkah meningkatkan had umur persaraan menjadi satu topik perdebatan yang semakin rancak di seluruh dunia, yang mana dari satu sudut perspektif, ia akan membantu menangani isu berkaitan simpanan persaraan yang rendah pada jangka pendek.

Jelasnya, negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) telah meningkatkan faedah keselamatan sosial mereka secara beransur-ansur.

Di AS, umur persaraan penuh untuk faedah keselamatan sosial telah dinaikkan kepada 67 tahun daripada 66 tahun manakala di UK, umur pencen dinaikkan secara beransur-ansur kepada 68 tahun menjelang 2046.

“Pada masa sama, ia juga boleh menyebabkan peluang pekerjaan berkurangan untuk pekerja yang lebih muda.

“Kami berpandangan kita perlu meningkatkan umur persaraan, atau sekurang-kurangnya melihat mekanisme untuk menghasilkan alternatif untuk ambilan bekerja semula (re-employment), yang boleh menjadi pendekatan lebih lembut.

“Terdapat banyak perkara positif apabila lebih ramai warga emas bekerja dan memastikan mereka aktif. Pada masa hadapan, terdapat juga kemungkinan yang mana ketersediaan pekerja muda akan berkurangan akibat perubahan landskap demografi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

simpanan ahli kini membimbangkan, Jangan bergantung KWSP

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. simpanan ahli kini membimbangkan, Jangan bergantung KWSP

Leave a Comment