Mendapat bantuan khas Ibu Yang melahirkan anak pada 2023

Mendapat bantuan khas Ibu Yang melahirkan anak pada 2023

Mendapat bantuan khas Ibu Yang melahirkan anak pada 2023 – Pembentangan Bajet 2023 telah disampaikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz pada awal Oktober lepas.

Ini merupakan berita baik kepada ibu-ibu diluar sana yang bakal melahirkan anak pada tahun 2023 kelak. Terdapat sebuah bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada anda.

Golongan wanita adalah salah satu perkara yang difokuskan pada pembentangan kali ini. Pelbagai jenis insentif yang bakal diberikan termasuklah bantuan khas RM 500 kepada ibu yang lahirkan anak pada 2023.

Buat ibu yang bakal lahirkan anak pada tahun 2023, anda bakal menerima bantuan tunai secara one off sebanyak RM 500 di bawah program CahayaMata Keluarga Malaysia.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan tersebut memperuntukkan sebanyak RM 150 juta yang bertujuan untuk meningkatkan kadar kelahiran di samping mengurangkan masalah kanak-kanak bantut.

Menurut beliau “Jadi saya rasa masih sempatlah lagi untuk ambil peluang mendapatkan zuriat pada tahun hadapan. Tapi kenalah ingat bahawa bantuan ini hanya kepada ibu bukannya bapa,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023.

Bukannya semua ibu layak untuk terima bantuan khas RM 500 ini. Terdapat kelayakan untuk memastikan anda terima bantuan tersebut.

Selain daripada perlu lahirkan anak pada 2023, syarat kelayakan lainnya adalah
hanya layak kepada para ibu daripada isi rumah yang terima BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Sekiranya anda tidak menerima Bantuan Keluarga Malaysia, secara automatik anda tidak menerima bantuan khas RM 500 tersebut walaupun anda melahirkan anak pada 2023.

CARA PERMOHONAN
Setakat ini, tiada informasi yang dikeluarkan mengenai cara permohonan dan tarikh bayaran bagi Bantuan Kewangan RM 500 untuk ibu yang lahirkan anak pada 2023. Sebarang infomasi tambahan bakal dikemas kini dari masa ke masa.

INSENTIF LAIN PADA BAJET 2023
Untuk mengurangkan beban ibu bapa, kerajaan turut bersetuju untuk melanjutkan sehingga tahun taksiran 2023 pelepasan cukai sehingga RM 3,000 ke atas bayaran yuran taska dan tadika berdaftar.

Tengku Zafrul turut menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah mengambil tempoh berhenti sementara daripada pekerjaan, kerajaan bercadang untuk mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2028.

BACA JUGA: Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3❗️

bantuan khas

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.

Leave a Comment