Cara Transfer Maybank2u Tanpa TAC

Cara Transfer Maybank2u Tanpa TACDunia teknologi semakin canggih dan banyak perkara yang berubah dari susah penggunaan sesuatu kerja sudah mulai semakin mudah seperti kemudahan untuk membeli belah barangan seperti fesyen, kecantikan dan kesihatan hingga ke barangan peribadi di atas talian tanpa kita perlu keluar ke mall ataupun pasaraya.

Bukan itu sahaja, barangan runcit pun boleh dibeli di hujung jari dan paling banyak sekarang untuk membeli makanan pun kita cuma guna aplikasi, bayar secara di atas talian dan makanan sampai depan pintu rumah dan paling penting bagi mereka yang suka bercuti baik dalam negara mahupun luar negara, perihal pemindahan wang dengan mudah dan cepat wang sememangnya amat penting tanpa banyak ragam.

Berikut adalah panduan cara transfer maybank2u tanpa TAC yang memudahkan kita untuk memindah wang tanpa ragam dan mudah sekali sebab menanti TAC sampai tu memang akan membuat kita naik angin dan sakit hati terutama bila waktu kita perlu membuat transfer tu pulak jatuh pada hari orang ramai menerima gaji atau hari ada jualan besar-besaran atas talian yang akan mengakibatkan kesesakan.

Jom ikuti cara untuk memulakan dan mengaktifkan cara transfer Maybank2U tanpa TAC ini buat pertama kali dan seterusnya memudahkan kita membuat transfer tanpa TAC tanpa stress dan relax.

1. Muat turun aplikasi Maybank2u melalui Google Play atau App Store

2. Selepas selesai muat turun aplikasi, anda perlu login ke Me untuk mengaktifkan ‘Secure2u dan kemudian ikuti langkah-langkah yang akan dipaparkan seterusnya.

3. Masukkan nombor kad pengenalan anda dengan betul dan tepat.

4. Masukkan kata laluan (password) yang telah anda terima melalui SMS di telefon bimbit anda

5. Dah siap!. Seterusnya anda perlu log keluar dari Maybank2U dan buka browser samada di laptop atau desktop atau menggunakan telefon bimbit untuk log masuk ke laman web rasmi Maybank2U.

Untuk mendapatkan paparan seperti diatas, anda boleh menukar ‘back to classic Maybank2u’ yang terletak di bahagian bawah kiri laman web tersebut.

6. Log masuk ke akaun Maybank2u seperti kebiasaan dengan memasukkan ‘username’ dan kemudian ‘password. Seterusnya anda klik ke bahagian ‘transfer’ dan pindahkan wang ke akaun sahabat atau ibu bapa sebagai percubaan dengan jumlah paling minima RM1.

7. Selesai memasukkan jumlah wang untuk ‘transfer’ ke akaun bank yang diinginkan, klik pada ruangan “Secure Verification”

8. Semak aplikasi Maybank2U anda di telefon bimbit bagi memastikan pengesahan transaksi tersebut dengan hanya perlu klik Approve.

9. Kalau tidak mendapat apa-apa notificatikasi, sila klik pada “tiga line” seperti yang dibulatkan di dalam gambar.

10. Klik pada “Secure2u” untuk melihat dan mendapatkan notifikasi untuk ‘approve’ disitu.

11. Berjaya! Anda akan Nampak di paparan keterangan pindah wang ke akaun yang telah anda masukkan berserta maklumat nama dan jumlah serta tarikh pemindahan wang dilakukan.

Peringatan:

Selepas transaksi yang anda pindahkan telah berjaya dilakukan, pastikan anda tidak lupa untuk log out dari kedua-dua aplikasi Maybank2u dan juga laman web M2U tersebut sebagai langkah keselamatan. Sekiranya anda berkongsi desktop atau laptop bersama orang lain atau telefon bimbit dipinjam sahabat atau mungkin kehilangan telefon bimbit, risikonya amat besar sekiranya anda terlupa untuk log out.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lebih lanjut, anda juga boleh layari di portal rasmi Maybank2u.

Leave a Comment