Maki Dan Campak Duit Kepada Pekerja McDonald’s, Tindakan Biadab Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

Maki Dan Campak Duit Kepada Pekerja McDonald’s, Tindakan Biadab Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen

BeFunky collage censored 2

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila terdapat seorang pengguna TikTok menerusi akaun @jueandikasuria memuat naik video beliau yang berang dengan pekerja McDonald’s hanya kerana gagal mendengar pesanan beliau dengan baik.

Sudah menjadi kebiasaan di mana kita diajar untuk beradab dan berbudi kepada orang ramai dalam kehidupan seharian. Sikap ini sekaligus menjadikan bakal memberi kelegaan buat orang ramai tanpa perlu bertelagah untuk perkara-perkara yang kecil.

Isunya berlaku apabila pekerja McDonald’s mahu mengesahkan kepada jumlah ayam goreng yang dipesan sekaligus membuatkan beliau naik angin serta bertindak untuk memaki pekerja McDonald’s berkenaan. Lebih mengejutkan ramai, beliau turut mencampak wang kepada laluan Drive-thru Mcdonald’s.

beliau pada mulanya mahu membuat pesanan nasi lemak McDonald’s walau bagaimanapun dimaklumkan nasi pada restoran berkenaan sudah habis. Lelaki ini seterusnya mahu memesan tiga ketul ayam goreng McDonald’s.

Cara layanan lelaki ini terhadap pekerja McDonald’s sekaligus membuatkan para netizen kesian dengan pekerja kesian serta berang dengan tindakan lelaki ini yang memaki hamun pekerja berkenaan. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.

Tindakan beliau yang mungkin dianggap ‘tidak salah’ pada pandangan beliau itu dirakam sejak mulai memasuki Drive-thru sehingga selesai membuat bayaran telah dimuat naik di TikTok. Pada akhir video ini, pekerja McDonald’s berkenaan turut memohon maaf kepada lelaki berkenaan namun sekali lagi dijawab dengan cara yang kasar.

Berikutan video beliau yang tular di TikTok yang dipenuhi dengan kecaman di netizen pada video berkenaan, beliau bertindak untuk menurunkan video berkenaan serta menutup akaun TikTok beliau setakat artikel ditulis.

Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana mampu memberi kesan kepada pekerja McDonald’s berkenaan sebaliknya hanya perlu menjelaskan dengan baik pesanan yang dibuat agar seperti ini tidak berlaku.Tular baru-baru ini sebuah restoran terkenal yang menjalankan penyediaan makanan dengan cara yang kotor sekaligus membuatkan para netizen ‘kembang tekak’.

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.

sumber;tiktok

Leave a Comment