Majlis Agama Islam – Jawatan kosong Pentadbiran & Sokongan
Majlis Agama Islam – Jawatan kosong Pentadbiran & Sokongan – Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Semak sini: Bantuan RM700 Terkini Tanpa Perlu Permohonan
Semak juga: Bantuan BMT 2023 Dinaikkan sehingga RM800
Maklumat Jawatan kosong Pentadbiran & Sokongan
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) – GRED N19
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Tangga Gaji : RM1,352 – RM4,003
Elaun :
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM115
Imbuhan Tetap Perumahan RM300
Bantuan Sara Hidup RM350b
Syarat-syarat Kelayakan
– Warganegara Malaysia;
– Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
– Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
– kemudiannya hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm ke alamat:
- Setiausaha
- Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
- Tingkat 7, 8 & 9, Menara JKP
- No.128, Jalan Macalister
- 10400 PULAU PINANG
Tarikh tutup permohonan pada 20 FEBRUARI 2023, ISNIN. Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan Borang Permohonan boleh dirujuk DI SINI.