GKP 4.0 PEMULIH
Kerajaan menyalurkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) telah mulai 21 September ini.
–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran
Apa itu GKP 4.0?
GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Intipati Kenyataan Berita
- Kementerian Kewangan (MoF) menegaskan bahawa syarat yang dikenakan bagi permohonan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) adalah sangat minimum dan tidak ketat dalam usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang terjejas.
- Bantuan itu akan memberi manfaat kepada lebih satu juta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.
- Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September berjumlah RM500 dan November (RM500).
- Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September melalui Portal GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my
- Secara keseluruhan jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih sejuta PKS mikro di bawah GKP semenjak Covid-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.
- Lebih satu juta penerima perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).
Kerajaan akan terus menyokong sektor perniagaan khususnya usahawan mikro dan PKS bagi meringankan beban kewangan mereka agar mampu mengharungi tempoh yang masih mencabar serta penambahan pelaburan dalam perniagaan.
Semakan online status:
- Sila login Portal Rasmi di sini.
- Masukkan ID Pengguna & klik Ya untuk Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Password
- Penyata semakan status bayaran akan dipaparkan
- Jika lulus, pastikan nombor akaun bank anda adalah betul.
Untuk maklumat anda, hanya akaun bank persendirian sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan pengkreditan bayaran.
Jumlah bayaran
Untuk GKP 2021 ini, pemohon yang layak akan dapat RM1000. Jumlah & tarikh untuk bantuan tambahan ini adalah seperti berikut :
- September 2021 – RM500
- November 2021 – RM500
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/
–> Sila baca Kaunter KWSP Dibuka Untuk Perkhidmatan Terpilih Bermula 1 Julai – Janji Temu Online (JTO)