Perdana Menteri mengumumkan lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) kepada 10 juta penerima layak terdiri daripada miskin tegar, B40, M40 dan golongan bujang akan disegerakan dengan proses pengkreditan fasa 1 dijadualkan bermula Isnin depan pada 9 September

Intipati kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

  • Proses pembayaran fasa 1 itu akan dibuat secara berperingkat kepada kumpulan sasar berkenaan dan dijangka selesai pada 10 September depan.
  • Katanya, tarikh pembayaran BKC adalah pada 6 September 2021 untuk golongan B40 dan 9 September 2021 untuk golongan M40.
  • Peruntukan itu melibatkan dana berjumlah RM3.1 bilion, yang memberi manfaat kepada 4.4 juta isi rumah, 1.1 juta warga emas yang masih bujang atau tanpa pasangan dan 4.5 juta individu bujang.
  • BKC adalah antara bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
  • Perdana Menteri bersetuju untuk teruskan bantuan-bantuan yang diumumkan; kerajaan akan mengagihkan pelbagai bentuk bantuan yang dirancang sehingga hujung tahun ini.
  • Antara bantuan yang akan diagihkan kerajaan ialah Bantuan Prihatin Rakyat fasa 3 berjumlah RM2.32 bilion yang akan disalurkan pada akhir bulan ini dan bantuan kehilangan pendapatan pada Oktober.

“Semoga apa yang diberikan kerajaan hari ini, walaupun mungkin tidak begitu besar tetapi sekurang-kurangnya dapat bantu mengurangkan perbelanjaan ketika ini,” kata Ismail Sabri.

Kaedah bayaran

Screenshot 203

Tarikh dan semakan status

Tarikh dan kaedah semakan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Nantikan artikel MyInfoKerja bagi maklumat terkini tentang Bantuan Khas Covid-19 (BKC).

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web LHDNM atau Soalan Lazim di sini.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

 

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment