Lebih 50,000 mohon FSA2 KWSP, hanya 27,705 layak
Lebih 50,000 mohon FSA2 KWSP, hanya 27,705 layak – Antara syarat yang ditetapkan ialah pemohon mesti mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.
Ahmad berkata, meskipun kerajaan tegas tidak membenarkan pengeluaran KWSP walaupun ada cadangan ia diberikan kepada ahli yang benar-benar terdesak, pengeluaran KWSP bagaimanapun dibenarkan bagi tujuan perumahan, pendidikan, kesihatan, pelan perlindungan tertentu seperti sakit kronik dan sebahagian kos haji RM3,000.
“Kita tak kata apabila kita tak benarkan, maka tak boleh keluar KWSP. KWSP masih lagi boleh dikeluarkan. Ada lima perkara yang boleh dikeluarkan untuk Akaun 2 KWSP. Akaun 1 memang tidak dibenarkan untuk pengeluaran kerana ia adalah khas untuk tujuan persaraan,” katanya.
Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebelum ini dilaporkan berkata adalah lebih mudah membenarkan orang ramai mengeluarkan simpanan KWSP berbanding menggunakannya sebagai sandaran permohonan pinjaman.
Sementara itu, Ahmad berkata setakat 31 Disember lalu, jumlah aset dan liabiliti yang sudah diakaunkan di Sistem Bersepadu Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM2.85 trilion.
Beliau berkata JANM ketika ini masih meneliti dan mencari aset-aset kerajaan Persekutuan dalam bentuk pelaburan, harta dan pelbagai bentuk lain.
“Tahun ini kemungkinan kita dapat RM30 bilion aset lagi untuk diakaunkan,” katanya dan menambah majoriti aset itu berada di dalam negara.
Lebih 50,000 mohon FSA2 KWSP, hanya 27,705 layak
Semak Juga: Untuk Semua Isi Rumah Bantuan Bakul Makanan Sehingga RM600
Baca Juga: Bantuan e-Wallet RM200 diperluas kepada semua mahasiswa
Seramai 59,230 individu sudah memohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat semalam sejak dibuka pada 7 April, dengan hanya 27,705 sahaja daripada jumlah itu yang layak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
“Mereka yang tidak layak itu kerana usia mereka di bawah 40 tahun, kerana kita sudah maklumkan bahawa hanya yang berusia 40 ke atas yang layak,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Akauntan Negara (JANM) di sini hari ini.
FSA2 ialah satu kemudahan yang bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Setakat ini, dua bank mengambil bahagian dalam FSA2 iaitu MBSB dan Bank Simpanan Nasional.
FSA2 membabitkan jumlah pembiayaan maksimum RM50,000 (tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP) serta tempoh pembayaran balik hingga 10 tahun.
Antara syarat yang ditetapkan ialah pemohon mesti mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.
Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia
Lebih 50,000 mohon FSA2 KWSP, hanya 27,705 layak
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – Lebih 50,000 mohon FSA2 KWSP, hanya 27,705 layak
Kredit: HarianMetro