KWSP
Berikut kami kongsikan kepada anda tarikh Pembayaran KWSP pemohon yang belum menerima bayaran KWSP Pengeluaran Khas RM1000
Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pihak kerajaan bersetuju untuk membenarkan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sehingga RM10,000.
Permohonan pengeluaran khas ini dibuka selama sebulan iaitu dari 01 April 2022 sehingga RM30 April 2022. Ia adalah terbuka kepada semua ahli pemohon yang berumur di bawah 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan memiliki jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Lihat Bantuan MySalam – Syarat Kelayakan & Cara Buat Tuntutan Rm700
Berkenaan dengan amaun pengeluaran, ini adalah syarat-syarat yang ditetapkan:
- Amaun kelayakan pengeluaran sehingga maksimum RM10,000;
- Amaun pengeluaran minimum adalah RM50;
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1;
Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.
Tarikh Pembayaran
Kepada yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan permohonan boleh dibuat bermula pada 09 April 2022 melalui portal rasmi Pengeluaran Khas KWSP atau i-Akaun KWSP.
Manakala, pembayaran pula akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 20 April 2022. Namun begitu, masih terdapat mereka yang masih belum menerima bayaran walaupun telah membuat permohonan dan diluluskan.
Berdasarkan kenyataan pihak Pengeluaran Khas di laman sosial rasminya, mereka yang belum menerima bayaran adalah mereka yang membuat permohonan pengeluaran khas dari 28 April 2022 dan ke atas.
- Pembayaran bagi mereka ini akan disalurkan ke bank masing-masing bermula pada 05 Mei 2022, Khamis. Pemohon bagaimanapun perlu memastikan akaun bank mereka:
- Akaun bank (simpanan atau semasa);
- Akaun bank masih aktif;
- Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).
Untuk maklumat lanjut berkenaan pengeluaran khas ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.
Sumber: Berikerja.com
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Tarikh Pembayaran KWSP ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.