Kerajaan Malaysia bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM 10,000 khusus buat para pencarum.
BUTIRAN PENUH PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS
Terbaharu, KWSP telah mengumumkan langkah untuk mengeluarkan RM 10,000 bagi memudahkan permohonan para pencarum. Para pencarum KWSP boleh membuat permohonan melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my
Sedia maklum, permohonan pengeluaran ini hanya terbuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun dan pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran iaitu one-off serta dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli.
Untuk pengetahuan anda, permohonan pengeluaran khas ini akan bermula pada 1 April 2022 dan ditutup padad 30 April 2022 ini.
Manakala, semakan status bermula pada 9 April 2022 dan pembayaran bermula pada 20 April 2022.
PERMOHONAN PENGELUARAN RM 10,000 HANYA MELALUI PORTAL KHAS
KWSP umum permohonan pengeluaran RM 10,000 hanya melalui portal khas yang akan disediakan oleh pihak KWSP bermula 1 April kelak.
Permohonan pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya dibuat melalui portal pengeluaran khas.
UNTUK MELANCARKAN URUSAN PENGELUARAN
- Seterusnya, pihak KWSP memaklumkan agar kelancaran urusan permohonan pastikan :
- Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
- Baki simpanan KWSP disemak
- Nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa)
- Akaun adalah di atas nama ahli dan bukan bersama atau merupakan akaun syarikat
- Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank, anda boleh memilih Arahan Bayaran sebagai kaedah bayaran Pengeluaran Khas kelak.
JUMLAH PENGELUARAN
Mengikut daripada sumber KWSP, amaun pengeluaran minimum adalah berjumlah RM 50 manakala maksimum adalah RM 10,000.