KWSP sedia benar pengeluaran tambahan ibadat haji jika dibenarkan kerajaan
KWSP sedia benar pengeluaran tambahan ibadat haji jika dibenarkan kerajaan – “Kami maklum, kos menunaikan haji telah meningkat agak tinggi terutama golongan berpendapatan tinggi dan sederhana, dan kita akan pertimbangkan jika ada permohonan untuk menaikkan jumlah pengeluaran haji,” katanya kepada BH hari ini.
Isnin lalu, Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata kos ibadat haji naik kepada RM30,850, berbanding RM28,632 tahun lalu.
Bagi jemaah golongan B40, kerajaan bersetuju menanggung kenaikan kadar bayaran berjumlah RM1,000 bagi kategori itu untuk musim haji 1444H/2023M, oleh itu bayaran jemaah muasasah kumpulan itu kekal seperti kadar tahun lalu, iaitu RM10,980.
“Untuk M40 pula, bantuan kewangan yang diberikan 48 peratus. Jadi, mereka hanya perlu bayar RM15,980.
KWSP sedia benar pengeluaran tambahan ibadat haji jika dibenarkan kerajaan
“Bagi kumpulan T20, perlu membayar keseluruhan kos, iaitu RM30,850,” katanya.
Hampir RM12 juta dikeluarkan oleh 4,337 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menunaikan ibadat haji sejak diperkenalkan pada 2013.
Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP itu mula diperkenalkan pada hujung 2012 dan pengeluaran bermula Januari 2013.
Pengeluaran yang dibenarkan untuk menunaikan haji adalah daripada Akaun 2 sahaja dengan jumlah maksimum RM3,000.
Ketua Strategis KWSP, Nurhisham Hussein, berkata pihaknya akan mempertimbangkan untuk menaikkan jumlah pengeluaran yang dibenarkan, jika ada permintaan daripada kerajaan.
Semak Juga: Ini Maklumat Terbaru Pengeluaran KWSP 2023
Mohon Juga: Jenis Bantuan Kewangan Yang Akan Dikreditkan Sehingga RM1000 Pada Hujung Bulan Ini
Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia
KWSP sedia benar pengeluaran tambahan ibadat haji jika dibenarkan kerajaan
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – KWSP sedia benar pengeluaran tambahan ibadat haji jika dibenarkan kerajaan