KWSP salurkan RM155.8 billion kepada pengurus portfolio luaran untuk pelaburan

KWSP salur RM155.18 bilion kepada pengurus dana luaran pada 2020

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyalurkan sebanyak RM155.18 bilion kepada pengurus portfolio luaran setakat 31 Disember 2020, yang mana peruntukan ini telah dilaburkan ke dalam ekuiti dan instrumen pendapatan tetap mewakili 15.55 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita

  • Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, walaupun terpaksa beroperasi dalam persekitaran pasaran global yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19, pengurus portfolio luaran KWSP tetap menunjukkan prestasi pelaburan yang baik dan berupaya memberikan pulangan dalam lingkungan objektif pelaburannya.
  • “Seiring dengan pertumbuhan saiz dana, KWSP akan terus memperuntukkan sebahagian daripada dana tersebut kepada pengurus portfolio luaran bagi mengoptimumkan pulangan dan meningkatkan prestasi aset.
  • “Ketelitian pandangan dan kepakaran mereka telah menjadi antara faktor penyumbang kepada kejayaan KWSP dan kesejahteraan persaraan ahli, terutamanya ketika keadaan ekonomi yang mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan.
  • Bagi Anugerah Tahunan Pengurus Portfolio Luaran 2021, menurut KWSP, sebanyak 19 anugerah yang terdiri daripada sembilan kategori Pendapatan Tetap dan 10 kategori Ekuiti, telah diberikan kepada pengurus-pengurus portfolio luaran yang terbaik sebagai pengiktirafan prestasi cemerlang mereka.
  • Bagi tahun kewangan berakhir 2020, KWSP telah mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5.20% dengan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion untuk Simpanan Konvensional.
  • Selaras dengan matlamat pelaburan lestari, KWSP juga bekerja rapat dengan pengurus portfolio luaran untuk inisiatif Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) institusi itu dalam aspek membina kesedaran serta mengaplikasikan parameter kemampanan dalam proses pelaburan oleh pengurus dana bagi memastikan keselarasan matlamat antara kedua-dua pihak.
  • “KWSP yakin bahawa pengurus dana akan terus mencatatkan prestasi cemerlang serta mengekalkan standard yang tinggi dalam menguruskan portfolio KWSP, selain memastikan aset-aset terus mampan untuk jangka panjang,” tambah Ahmad Badri.

Sumber: Awani News

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment