Pengeluaran RM10,000 KWSP wajar selepas dividen dijangka cecah 6%
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Ahmad Dasuki mempertahankan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 buat kali terakhir selepas dividen agensi itu yang dianggarkan mencecah sehingga enam peratus.
Beliau berkata, ini berikutan segala yang digembar-gemburkan sebelum ini yang menggambarkan prestasi KWSP bakal terjejas akibat pengeluaran RM101 bilion bagi tujuan i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra adalah meleset.
“Dengan jumlah aset KWSP terus berkembang mencecah RM1 trilion, dan dividen yang dianggarkan mencecah 6 peratus, sewajarnya pengeluaran kali terakhir RM10,000 yang amat dituntut dan diharapkan oleh rakyat dipenuhi.
–> Sila baca Tarikh Bayaran Terkini Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Keluarga B40 2022
Intipati berita hari ini
- “Saya kira wajar Kumpulan Simpanan Wang Pekerja dan kerajaan pertimbangan secara serius kerana dulu mereka memberikan alasan pengeluaran RM10,000 ‘one off’ ini menjejaskan prestasi dividen pencarum tetapi apa yang kita dapat lihat pelaburan KWSP tidak terjejas pun.
- “Saya sendiri menjangkakan kalau pengeluaran kali terakhir ini dibuat, implikasinya hanya antara RM25 ke RM30 bilion saja berbanding aset KWSP yang hampir 1 Trilion dan sudah pasti tidak akan menjejaskan pasaran modal kalau itu yang diuar-uarkan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, pada Februari 16.
- Beliau berkata demikian bagi mengulas jangkaan pakar ekonomi bahawa KWSP akan mengumumkan dividen lebih menarik bagi 2021 iaitu sekitar 5.2 peratus hingga enam peratus selepas peningkatan pendapatan pelaburan kasar dana berkenaan serta prestasi pasaran modal yang positif.
(sumber: HMEtro)
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH
Shope tengah buat sale sekarang
klik disini — promosi shope terlajak murah