KWSP Pertimbang Pengeluaran Bulanan Untuk Para Pencarum
KWSP Pertimbang Pengeluaran Bulanan Untuk Para Pencarum – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.
KWSP Pertimbang Pengeluaran Bulanan Untuk Para Pencarum
Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisam Hussien, berkata Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh membuat pengeluaran KWSP mereka pada bila-bila masa.
Beliau berkata, cadangan memperkenalkan akaun itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli
Katanya, dengan adanya Akaun 3 itu juga, bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.
KWSP Pertimbang Pengeluaran Bulanan Untuk Para Pencarum
“Akaun 3 akan berfungsi seperti akaun simpanan. Ia adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli,” katanya pada taklimat khas KWSP secara maya hari ini.
Mengenai kadar simpanan yang diperuntukkan bagi Akaun 3, Nurhisham berkata, ia mungkin membabitkan antara lima hingga 10 peratus.
Beliau berkata, dengan adanya Akaun 3 yang fleksibel, peratusan caruman bagi Akaun 1 juga akan dinaikkan.
KWSP Pertimbang Pengeluaran Bulanan Untuk Para Pencarum
Katanya, ahli juga akan mempunyai opsyen untuk memindahkan dana simpanan daripada Akaun 3 ke Akaun 1 dan Akaun 2.
Nurhisham berkata, dividen bagi Akaun 3 dijangka lebih rendah memandangkan akaun itu berfungsi seperti akaun simpanan.
Struktur skim simpanan KWSP ketika ini bagi ahli berumur bawah 55 tahun terdiri daripada Akaun 1 dan Akaun 2 dengan kadar peratusan 70 peratus dan 30 peratus.
Mulai 1 Januari 2017, ahli yang telah mencapai umur 55 tahun dan masih bekerja akan mempunyai dua akaun iaitu Akaun Emas dan Akaun 55.
Akaun 55 ialah gabungan Akaun 1 dan Akaun 2 apabila mencapai umur 55 tahun dan ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa setelah ahli mencapai umur 55 tahun.
Akaun Emas pula ialah akaun yang diwujudkan setelah ahli berumur 55 tahun dan mana-mana caruman yang diterima selepas ahli mencapai umur itu akan dikreditkan ke akaun berkenaan dan pengeluaran KWSP boleh dilakukan setelah mencapai umur 60 tahun.
Pengeluaran KWSP FSA2
FSA2 adalah bertujuan untuk memboleh ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran KWSP Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Permohonan ini memboleh ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli
Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
Maklumat Lanjut mengenai Pengeluaran KWSP FSA2 – klik sini.
Semak Juga: Kemaskini Rayuan Bantuan Tunai Ditutup Pada 31 Julai
Mohon Juga: Pengeluaran Sebahagian Wang KWSP Telah Diluluskan!
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. KWSP Pertimbang Pengeluaran Bulanan Untuk Para Pencarum
Join telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia