KWSP: Pengeluaran Tanpa Cagaran PGIRM Cadang untuk bantu rakyat susah – Jawatan kosong 2023

KWSP: Pengeluaran Tanpa Cagaran PGIRM Cadang untuk bantu rakyat susah

KWSP: Pengeluaran Tanpa Cagaran PGIRM Cadang untuk bantu rakyat susah – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) melihat pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar tanpa cagaran adalah penyelesaian jangka panjang bagi membantu rakyat yang masih bergelut untuk kelangsungan hidup.

Timbalan Presiden PGIRM, Mohamad Fazil Ibrahim, berkata ini kerana PGIRM banyak menerima aduan dan luahan pencarum di pelbagai platform laman sosial yang mendapati mereka memerlukan pengeluaran KWSP untuk membaiki kedudukan kewangan.

Beliau berkata, sebahagian besarnya mahu menyelesaikan tunggakan bank, hutang lain dan menggunakan wang itu sebagai modal memulakan perniagaan kecil-kecilan.

“Sekiranya sebahagian daripada perkara itu dapat diselesaikan, ia sedikit sebanyak membaiki keadaan kewangan menjadi lebih baik kerana ada lebihan selepas menyelesaikan hutang tertunggak berkenaan.

KWSP Pengeluaran Tanpa Cagaran PGIRM Cadang untuk bantu rakyat susah

BACA JUGA:

bantuan RM400 ini akan diagihkan pada STR Fasa 4 bulan November 2023 ini.

PERODUA BUKA PENGAMBILAN JAWATAN KOSONG BESAR-BESARAN SELURUH NEGERI

“Secara dasarnya PGIRM berharap pemberian bantuan kepada rakyat seharusnya selaras tanpa mengira penjawat awam mahupun swasta.

“Pada masa sama, pengeluaran KWSP secara bersasar kepada 99,335 orang pencarum yang amat memerlukan dilaksanakan segera untuk kesinambungan hidup mereka,” katanya dalam kenyataan media.

Mohamad Fazil berkata, rakyat menghargai inisiatif kerajaan memberi bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM200 kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan serta belum menerima pencen, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen

Bagaimanapun, beliau berkata, sesetengah pihak cenderung menganggap bantuan itu diberi bagi meraih sokongan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dan bukannya penyelesaian jangka panjang bagi rakyat terkesan.

“Hakikatnya tiada harga barang yang turun, sebaliknya banyak yang naik. Rakyat juga terus dihimpit dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR),” katanya.

Join telegram: 👇👇
https://t.me/portalsemakanmalaysia

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. KWSP: Pengeluaran Tanpa Cagaran PGIRM Cadang untuk bantu rakyat susah

KWSP Pengeluaran Tanpa Cagaran PGIRM Cadang untuk bantu rakyat susah

Leave a Comment