KWSP Pengeluaran Senarai Yang Boleh Dibuat Secara Online Sahaja Sebelum 55 Tahun
KWSP Pengeluaran. Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan. Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Agensi mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya termasuklah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini membenarkan ahlinya membuat permohonan pengeluaran simpanan secara dalam talian sahaja.
Berikut adalah senarai perkara yang membolehkan pengeluaran simpanan pencarum KWSP:
KWSP Pengeluaran
Beli & Bina Rumah
Ahli KWSP dibenarkan mengeluarkan simpanan Akaun 2 masing-masing sebelum mencapai umur 55 tahun untuk tujuan membeli atau membina rumah. Rumah kediaman tersebut termasuk banglo/teres/rumah berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio/pangsapuri servis/rumah bandar/SOHO atau rumah kedai yang mempunyai unit kediaman di Malaysia.
Baca sini: (Cara Mohon & Dokumen ) Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah 2023
Membiayai Pendidikan Tinggi
Pengeluaran dari Akaun 2 KWSP adalah dibenarkan bagi tujuan membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 masing-masing bagi mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.
Baca juga d sini: Berilah Peluang KWSP Tidak Aktif Keluarkan Wang Ahli
Menunaikan Haji
Bagi ahli KWSP yang beragama Islam, mereka dibenarkan untuk membuat pengeluaran Akaun 2 untuk mengerjakan ibadat haji sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk perbelanjaan.
Tujuan Kesihatan
KWSP juga membenarkan ahlinya yang menghadapi masalah kesihatan membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan serta rawatan kesuburan.
Cara Membuat Pengeluaran
Pengeluaran KWSP boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal I-Akaun KWSP dengan tatacara berikut:
– Log masuk di portal berkenaan;
– Pilih menu pengeluaran;
– Pilih jenis pengeluaran;
– Isi maklumat yang dikehendaki secara tepat dan benar.
Maklumat lanjut berkenaan pengeluaran KWSP boleh dilihat di Portal Rasmi KWSP – DI SINI