KWSP: Pengeluaran KWSP Secara Bulanan Kini Dibenarkan
KWSP: Pengeluaran KWSP Secara Bulanan Kini Dibenarkan. Pengeluaran KWSP Bulanan. KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menghalang usaha Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaksanakan pengeluaran secara berkala atau bulanan
Sokongan itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri selepas menghadiri perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) di sebuah hotel di sini hari ini.
Menurut Anwar, cadangan pelaksanaan pengeluaran KWSP kini di peringkat akhir dan ia bergantung kepada kemampuan KWSP selepas ini.
KWSP: Pengeluaran KWSP Secara Bulanan Kini Dibenarkan
KWSP: Pengeluaran KWSP Secara Bulanan Kini Dibenarkan
“Itu (cadangan pengeluaran KWSP) masih di peringkat akhir dan saya tidak kisah dan ia bergantung kepada kemampuan KWSP.
“Bagaimanapun, seperti kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Datuk Seri Amir Hamzah Azizan), terdapat beberapa kekangan lebih-lebih lagi ada pencarum yang mempunyai simpanan kecil,” katanya.
BACA JUGA:
Ini Maklumat Terbaru Pengeluaran KWSP 2023
Cara Buat Pengeluaran Simpanan ASB Secara Online myASNB
Kategori Layak Membuat Pengeluaran KWSP
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan cadangan pengeluaran
secara berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencapai umur persaraan 55 tahun sebagai wajib bagi ahli baharu.
Menurutnya, pada masa ini, pengeluaran berkala atau bulanan itu dilakukan secara sukarela
dan ia dilihat mampu memberi peluang kepada ahlinya menguruskan wang persaraan dengan lebih baik.
Jelasnya, pengeluaran berkala atau bulanan juga memberi peluang kepada ahli untuk terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan.
Terdahulu, pada majlis itu, Anwar turut melancarkan versi baharu Aplikasi i-Akaun KWSP, yang menggabungkan ciri-ciri inovatif dan interaktif untuk meningkatkan pengalaman pengguna.
Platform yang dinaik taraf ini menyediakan pelbagai fungsi untuk ahli menjalankan transaksi berkaitan KWSP, termasuk kalkulator simpanan persaraan baharu untuk membantu ahli menilai kecukupan simpanan KWSP mereka apabila bersara.- KOSMO! DALAM TALIAN
Maklumat lanjut KWSP: Pengeluaran KWSP Secara Bulanan Kini Dibenarkan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran sebahagian KWSP, sila hubungi:
Telefon: 03-8922 6000
Faks : 03-8922 6222
Laman Web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Waktu Operasi KWSP: Isnin – Jumaat (8:00 AM – 5:00 PM) kecuali pada hari Sabtu, Ahad, Cuti Umum Persekutuan dan Cuti Selangor
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.