Permohonan KWSP Pengeluaran Khas sehingga RM10,000 telah dibuka mulai 1 April 2022 yang lalu.
Sebagai makluman, pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif KWSP Pengeluaran Khas. Ini merupakan pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan disusuli oleh i-Citra pada Julai 2021 bagi memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang dihadapi oleh ahli dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti dengan kelembapan ekonomi.
Syarat Kelayakan
- Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Menurut KWSP, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon KWSP Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan
Jumlah Amaun Pengeluaran Yang Layak Dikeluarkan
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
- Pengeluaran (amaun) minimum adalah RM50.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.
Penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran KWSP Pengeluaran Khas
Bayaran KWSP Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.
Nota:
1. Ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
2. Ahli tidak layak kerana ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 serta baki Akaun 2 kurang daripada RM50.
Tarikh Permohonan KWSP Pengeluaran Khas
Permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022 (sebulan).
Cara Memohon
- Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Klik Mohon Sekarang.
- Isi Nombor IC & Nombor Telefon anda.
- Klik Teruskan dan masukkan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
- Letak AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda.
- Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan.
- Taip Amaun Pilihan Pengeluaran.
- Klik Teruskan.
- Isi lengkap Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik, tekan Teruskan.
Tekan Hantar. Selesai!
* Ingat!! Permohonan hanya dibuat secara Online portal di atas
Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas
- Bayaran akan dibuat bermula 18 April 2022.
- Namun, bagi permohonan yang dibuat dari 28 April 2022, pembayaran hanya dibuat bermula 5 Mei 2022.
Bagaimanakah pembayaran KWSP Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
- Akaun bank (simpanan atau semasa)
- Akaun bank masih aktif
- Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Peringatan:
- Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
- Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
- Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
- Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
- Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.
Cara bayaran Pengeluaran Khas?
- Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
- Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Lain-lain Info Mengenai Permohonan KWSP Pengeluaran Khas
- Ahli tidak boleh membatalkan permohonan selepas permohonan dihantar.
- Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dihantar.
- Kelayakan bagi permohonan pengeluaran pra-persaraan yang lain seperti pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya adalah tidak terjejas sekiranya ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 selepas Pengeluaran Khas.
Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran Khas.
Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.
Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
- i-Akaun (Ahli)
- Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun
- Kios KWSP
Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
- Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau
- Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)
maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
- Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
- Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848
- Sumber: KWSP
Syarat Permohonan Pengeluaran Khas
1. Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Bilakah Permohonan Boleh dibuat?
Mulai 1 April sehingga 30 April 2022 (Sebulan)
Bilakah Tarikh Bayaran?
Bayaran akan dibuat bermula 18 April 2022.
Namun, bagi permohonan yang dibuat dari 28 April 2022, pembayaran hanya dibuat bermula 5 Mei 2022.
Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan Pengeluaran Khas?
Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
1. Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau
2. Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)
Sumber: KWSP
Baca juga : Cara Claim Bantuan RM700 2022 Terkini April
- Baca Juga: Cara Mohon Biasiswa Zamalah
- MyinfoKerja
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ KWSP Pengeluaran Khas ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih