Kwsp Pengeluaran khas yang boleh dikeluarkan
Kwsp Pengeluaran khas yang boleh dikeluarkan – Jenis Pengeluaran KWSP ini boleh dilakukan walau pun usia kita masih muda dan belum memasuk usia 50 tahun. Selain dari pengeluaran wang RM10,000 ada banyak lagi jenis pengeluaran yang boleh dilakukan oleh pencarum KWSP.
Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan. Ramai yang tak tahu ada banyak lagi jenis pengeluaran yang boleh dilakukan oleh pencarum KWSP.
Kwsp Pengeluaran khas – namun selain itu ada 14 Jenis Pengeluaran KWSP untuk kemudahan pencarum mengeluarkan wang sebelum mencapai umur 50 tahun. Antaranya adalah :
Individu; Jenis Pengeluaran KWSP simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu atau bersama Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)
Kelayakan Memohon Kwsp Pengeluaran khas:
– Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
– Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
– Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)
Pengeluaran ini boleh dipohon oleh:
Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain ATAU
Bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia
Kelayakan Memohon Kwsp Pengeluaran khas:
– Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap (PR) yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia; ATAU
– Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat/ Pekerja Asing) yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan kembali ke Negara asal; DAN Masih mempunyai simpanan dalam akaun KWSP
Jenis Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)
Kelayakan Memohon:
– Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara;
– Ahli belum mencapai umur 60 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
– Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun KWSP; DANAhli tidak lagi bekerja semasa permohonan pengeluaran dibuat
Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen:
– Jenis Pengeluaran KWSP Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja
– Bahagian Majikan Kerajaan Akan Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)
Kelayakan Memohon:
Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh JPA
Jenis Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.
Kelayakan Memohon Kwsp Pengeluaran khas:
– Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
– Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
– Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan.
Pengeluaran KWSP membeli rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
Jenis Pengeluaran KWSP membina rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
Kelayakan Memohon :
– Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)
– Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
– Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
Syarikat Pengurusan Unit Amanah memberi ahli pilihan untuk pelaburan mereka dilaburkan di dalam Unit Amanah. Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan Jenis Pengeluaran KWSP mereka untuk diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang secara mandat persendirian. IPD yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah terdiri dari Syarikat Pengurusan Unit Amanah (termasuk Amanah Saham Nasional Bhd), Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang dan Lembaga Tabung Haji.
Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik. Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
Pengeluaran KWSP simpanan akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.
Kelayakan Memohon:
Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan; DAN Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600.00 di dalam Akaun 2
Ahli yang layak memohon adalah:
– i. Warganegara Malaysia; ATAU
– ii. Bukan warganegara Malaysia yang: Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.
Kelayakan Memohon Kwsp Pengeluaran khas:
– Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara Malaysia.
– Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
– Ahli mempunyai simpanan tidak kurang daripada RM1.05 juta
Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP. Kelayakan Memohon: Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji. Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.
Kelayakan Memohon Kwsp Pengeluaran khas:
– Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
– Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
– Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2
BACA JUGA INFO: Tarikh bayaran bkm bujang bagi fasa 3 2022 terkini
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih.
Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua.