KWSP: Pengeluaran Khas KWSP Kini Secara One-Off

KWSP: Pengeluaran Khas KWSP Kini Secara One-Off

KWSP: Pengeluaran Khas KWSP Kini Secara One-Off

PETALING JAYA: Lebih 320,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus mendesak Kerajaan Perpaduan membenarkan pengeluaran simpanan satu akaun secara ‘one-off’ bagi memulihkan ekonomi keluarga yang semakin meruncing.

Pada masa sama, kumpulan itu juga menolak sama sekali idea kerajaan dan KWSP memperkenalkan i-Cagar sebagai alternatif kepada pengeluaran ‘one-off’ yang disasarkan.

KWSP: Pengeluaran Khas KWSP Kini Secara One-Off

Presiden Persatuan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN), Jannahtul Ain Jaafar berkata, keengganan kerajaan membenarkan pengeluaran itu mengakibatkan pencarum terbeban dengan pelbagai implikasi kewangan.

Tegasnya, ia termasuk beban hutang pinjaman perbankan, peningkatan kos sara hidup dan lain-lain.

“Kerajaan wajar mendengar rintihan rakyat Malaysia khususnya para penyumbang yang kini dibebani dengan pelbagai masalah berikutan kelembapan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini.”

“Kaedah i-Gagar yang diperkenalkan tidak membantu menyelesaikan apa-apa sebaliknya hanya mengundang masalah lebih besar pada masa hadapan dan implikasi kewangan kepada mereka.”

“Kebanyakan mereka ini mahukan pengeluaran untuk menyelesaikan masalah hutang mereka, tetapi apa yang berlaku hari ini ialah kerajaan memperkenalkan i-Gagar. Dalam erti kata lain, menyelesaikan masalah hutang dengan menambah hutang,” katanya.

KWSP: Pengeluaran Khas KWSP Kini Secara One-Off

BACA JUGA:

Bantuan Baik Pulih Rumah, Cara Daftar PPRT Anda: Semak Sekarang

Kredit eWALLET Percuma untuk rakyat Malaysia 2023

Cadangan Pengeluaran Sasaran

Mengulas lanjut, beliau berkata pengeluaran yang disasarkan adalah langkah yang lebih baik memandangkan kebanyakan pencarum mahu menggunakan wang tersebut untuk menyelesaikan beban hutang yang mereka hadapi ketika ini.

Tegasnya, kaedah i-Gagar yang diperkenalkan adalah sama seperti pencarum membuat pinjaman dengan syarikat perbankan sekaligus menambahkan bebanan hutang yang ditanggung.

“Desak ini kerana kebanyakan rakyat sangat memerlukan bantuan itu. Ada antara mereka kini tertekan kerana tidak mampu lagi menanggung beban hutang sedia ada,” katanya.

Mengulas dakwaan perjuangannya berteraskan politik semata-mata, Jannahtul Ain berkata, PWRN tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik sebaliknya hanya bergerak atas kapasiti sendiri untuk menyuarakan tuntutan rakyat Malaysia.

“Ada yang mengaitkan PWRN dengan PN (Perikatan Nasional) sebelum ini, tetapi saya ingin menegaskan bahawa ini adalah perjuangan yang saya bawa sendiri. Ia tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik.”

“Saya hanya mewakili suara lebih 320,000 pencarum KWSP yang menuntut hak mereka untuk mengurangkan beban dan tekanan hidup akibat implikasi kewangan,” katanya.

Februari lalu, Jannahtul Ain melawat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyerahkan memorandum menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP.

Dalam lawatan itu, Ahli Parlimen Bera itu bersetuju untuk membawa desakan itu ke sidang Parlimen lalu.

Antara lain yang terkandung dalam memorandum itu ialah menggesa kerajaan membenarkan dan meluluskan pengeluaran khas KWSP 2.0 iaitu 50 peratus melalui akaun satu, dengan kadar maksimum RM50,000.

Pengeluaran Bulanan Simpanan KWSP

Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, terdapat beberapa kekangan terutama bagi pencarum yang mempunyai simpanan kecil.

Datu Seri Amir Hamzah sebelum ini menyatakan bersedia untuk mempertimbangkan pengeluaran berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencapai umur persaraan 55 tahun sebagai syarat wajib bagi ahli baharu.

Menurutnya, buat masa ini, pengeluaran berkala atau bulanan dilakukan secara sukarela dan ini memberi peluang ahli menguruskan wang persaraan mereka dengan lebih baik.

Beliau turut menjelaskan, pengeluaran berkala atau bulanan juga memberi peluang kepada ahli untuk terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan.

Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia

KWSP: Pengeluaran Khas KWSP Kini Secara One-Off

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment