KWSP Pengeluaran Khas
KWSP Pengeluaran Khas – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu mengambil tindakan yang lebih serius iaitu dengan mengenal pasti peniaga-peniaga yang menaikan harga sesuka hati sebagai ‘sabotaj makanan’.
Harga Barangan:
Harga jualan sama ada barangan runcit mahupun makanan akan sampai kepada satu angka tidak munasabah kerana ada pihak peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan kerana mengetahui rakyat ketika itu mempunyai duit.
Punca Pengeluaran Khas RM10,000
Kini kecoh diperbualkan tentang kenaikan harga barang keperluan menjelang Aidilfitri akibat pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000
Pemantauan Pihak Berkuasa KPDNHEP:
Berdasarkan pemantauan pihak KPDNHEP terutama pada Ramadan ini, peniaga di bazar datangnya bermusim iaitu hanya datang apabila bulan puasa dan ada segelintir mereka tidak bertanggungjawab menaikan harga dengan sesuka hati dengan hasrat mahu jadi ‘jutawan sebulan’.
Kuih-muih yang dijual pada harga tidak munasabah, lepas habis Ramadan mereka pergi tetapi meninggalkan kesan dengan harga mahal.
faktor Kenaikan Harga Barangan:
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid mengakui harga barangan keperluan bakal naik disebabkan beberapa faktor, antaranya masalah
- Covid-19,
- pengangkutan,
- penukaran mata wang asing,
- perang Ukraine-Rusia
- banjir
Perkara itu turut diakui Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang menegaskan, kementerian perlu mengambil tindakan kepada individu yang monopoli pasaran harga.
Tindakan Kerajaan:
Kerajaan perlu mengikut rentetan itu, mengambil tindakan kepada yang terlibat, supaya mereka tidak sesuka menaikkan harga setiap kali bulan puasa dan raya untuk mengambil keuntungan melampau yang tidak masuk akal.
Tindakan Rakyat:
Rakyat juga perlu sedar dan menggunakan hak mereka sebagai pengguna bukan tetap beli walaupun diasak dengan kenaikan harga drastik.
Peningkatan peratusan kenaikan harga barangan:
Kenaikan harga barangan keperluan harian meningkat sebanyak 5% hingga 10%, walau bagaimanapun ia masih dianggap sebagai satu kenaikan yang munasabah atas beberapa faktor iaitu:
- harga ayam bersih adalah RM9.50 sekilogram dan
- daging pula pada masa kini boleh didapati dengan RM69.90 untuk sekilogram.
Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ KWSP Pengeluaran Khas, Cetus Kenaikan Harga Pasaran ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih