KWSP Pencarum Bumiputera 81% Kurang Simpanan

KWSP Pencarum Bumiputera

KWSP Pencarum Bumiputera 81% Kurang Simpanan. Memetik Utusan, Ketua Pegawai Eksekutif Teraju Datuk Md Silmi Abd Rahman berkata data yang diperoleh daripada KWSP itu jelas menunjukkan penyusutan ketara penyertaan ekonomi Bumiputera sejak pandemik Covid-19 melanda.

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) hari ini mendedahkan 81 peratus atau 2.58 juta pencarum daripada 3.2 pencarum Bumiputera yang berumur 55 tahun dan ke bawah memiliki simpanan yang amat kritikal iaitu kurang daripada RM 1,000 dalam KWSP Pencarum Bumiputera.

Baca Juga: Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi

KWSP Pencarum Bumiputera 81% Kurang Simpanan

Pengeluaran khas KWSP Pencarum Bumiputera seperti i-Citra yang dibenarkan oleh KWSP ketika tempoh pandemik turut menyebabkan simpanan pencarum semakin merosot.. “81 peratus iaitu 2.58 juta ahli daripada 3.2 juta ahli bumiputera berumur di bawah 55 tahun berada pada tahap simpanan yang amat kritikal iaitu kurang daripada RM 1,000. “Pada masa sama, 75 peratus atau 4.99 juta ahli daripada golongan bumiputera mempunyai simpanan kurang daripada RM 10,000,” katanya.

Md Silmi menjelaskan lagi bahawa peningkatan jumlah graduan yang terpaksa bekerja dalam pekerjaan sementara menunggu proses pemulihan ekonomi juga menjadi indikator penting yang boleh menjejaskan keupayaan KWSP Pencarum Bumiputera dalam meningkatkan sosioekonomi.

“Ini menyebabkan lebih ramai graduan terpaksa bekerja dalam pekerjaan separa mahir sementara menunggu proses pemulihan ekonomi. Justeru, Teraja telah membangunkan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) yang merupajan pelan hala tuju 10 tahun bertujuan memperkasa ekonomi dan sosioekonomi bumiputera.

“Semua faktor-faktor di atas adalah indikator penting yang boleh menjejaskan keupayaan Bumiputera meningkatkan sosioekonomi mereka terutama di dalam bidang perniagaan dan keusahawanan yang berkait rapat dengan isu pemilikan ekuiti korporat Bumiputera,”. Jelasnya. Katanya lagi” –  “Pada tahun 2019, dianggarkan sebanyak 40 peratus graduan bumiputera mampu memenuhi peluang pekerjaan dan peratusan ini menurun kepada 27 peratus bagi tahun 2022.

“Terdapat 142 program dan inisiatif yang telah dikenal pasti di bawah TPB2030 dan bagi merealisasikan keberhasilan yang disasarkan, syarikat Bumiputera bertanggungjawab bagi mencari pendanaan swasta. “TPB2030 ini dilaksanakan dengan penglibatan bersama pemain utama industri dengan memberi fokus kepada Tujuh Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) yang disokong oleh tujuh bidang keutamaan.

“Namun adalah dicadangkan agar kerajaan dapat memperuntukkan dana awam sebanyak RM 14.8 bilion bagi tempoh 10 tahun pelaksanaan dari tahun 2021-2030 di mana pada tahun 2023 ini kita memerlukan dana awam sebanyak RM 4.8 bilion bagi melaksanakan program inisiatif TPB2030,”katanya.

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Sumber: Utusan

KWSP Pencarum Bumiputera 81% Kurang Simpanan

Leave a Comment