Simpanan persaraan rakyat semakin berkurang (i-Citra)
Sekitar 89 peratus pemohon i-Sinar dan 86 peratus pemohon i-Citra menyatakan bahawa pengeluaran yang dibuat digunakan untuk menampung perbelanjaan harian atau keperluan kewangan mendesak.
–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021
Intipati kenyataan berita
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) amat bimbang dengan keselamatan persaraan rakyat, namun dengan adanya pakej rangsangan dan inisiatif kerajaan akan dapat membantu meningkatkan sentimen perniagaan dan permintaan dalam negara.
- Terdapat 46 peratus ahli yang berusia di bawah 55 tahun hanya mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam simpanan mereka.
- “Pandemik ini mengakibatkan kejatuhan yang ketara dalam peratusan ahli yang mencapai Simpanan Asas (RM240,000 pada 55 tahun) daripada 36 peratus kepada 27 peratus, susulan daripada pengeluaran yang dibuat bagi menampung pendapatan mereka ketika krisis COVID-19,” katanya.
- Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata COVID-19 telah mencetuskan peningkatan jumlah pekerja gig di negara ini, biarpun ia membantu mereka untuk bertahan, ramai yang berhadapan dengan masalah ketidakcukupan simpanan persaraan akibat pendapatan yang tidak tetap atau stabil.
- Bagi membantu ahli terkesan pandemik, KWSP melancarkan kemudahan i-Sinar dan i-Citra yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli.
- Setakat ini, RM67.6 bilion dikeluarkan merangkumi 6.6 juta pemohon i-Sinar membabitkan nilai RM58.8 bilion dengan RM58.5 bilion daripadanya sudah disalurkan, manakala i-Citra pula sebanyak lima juta pemohon berjumlah RM20.8 bilion dengan jumlah yang sudah disalurkan RM9.1 bilion.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih