KWSP akan melancarkan bantuan i-Sayang pada tahun 2022

KWSP akan melancarkan bantuan i-Sayang pada tahun 2022

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022, sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita

  • Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir selaku pengerusi KWSP memaklumkan bahawa kemudahan i-Sayang akan membolehkan pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.
  • Selain itu, terdapat satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan iaitu i-Lindung yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.
  • “Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.
  • “Kami juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli boleh memaksa majikan meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” katanya.
  • Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang diadakan secara maya dan fizikal hari ini.
  • Persidangan selama dua hari itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
  • Mengenai persidangan itu, Ahmad Badri berkata, ISWC tahun ini bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai aspek isu ketaksamaan global.
  • “Bersama-sama, kami percaya rangka kerja perlindungan sosial lebih baik boleh membantu kami dalam meminimumkan, jika tidak membasmi, kesan negatifnya kepada manusia,” kata beliau.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment