Unik, rare! Venus kucing chimera bermuka dua miliki 2.2 juta follower di Instagram

Unik, rare! Venus kucing chimera bermuka dua miliki 2.2 juta follower di Instagram

Kucing betina bernama Venus famous di Instagram ini sangat menawan. Ciri menarik sekali adalah wajahnya yang separuh hitam manakala separuh lagi oren.

Kucing juga sama macam manusia, makhluk comel ini mempunyai keunikannya tersendiri. Dengan kelainan yang cukup’rare’ kucing instafamous ini kini memiliki lebih dua juta pengikut di Instagram!

Dilahirkan pada 6 Julai 2009 dalam koloni kucing yang tinggal di ladang tenusu di North Carolina, Amerika Syarikat, Venus hanya kucing biasa sebelum sensasi di Internet.

Bukan kerana efek khas, Photoshop atau imej janaan komputer (CGI) ya, ciri menakjubkan itu adalah kelebihan yang dimiliki sejak kecil.

Keadaan jarang berlaku itu buat saintis kagum dengan misteri ‘Cik Meow’ ini. Apa yang membezakan Venus daripada kucing lain ialah pelbagai kelainan genetik.

Memiliki dua warna mata iaitu biru dan hijau, Venus disahkan heterochromia yang jarang berlaku. TAPI KEBIASAANNYA ia terjadi kepada kucing Siam yang berbulu putih sahaja.

Semuanya gara-gara ciri anomali genetik yang unik kedua-dua belah muka Venus berlainan warna termasuk mata yang membawa tuah. Hingga kini Venus mempunyai 2.2 juta peminat dari seluruh dunia yang mengikuti perkembangan dan keunikannya!

Profesor di Universiti California, Leslie Lyon mengkaji genetik kucing domestik berkata dia tidak pernah melihat kucing sama seperti Venus.

Bahagian tapak kaki Venus juga bertompak

ib

Jika Venus adalah chimera, maka DNA pada sebelah kiri badannya berbeza daripada DNA sebelah kanan! Warna Venus yang cantik pula berkemungkinan terhasil secara rawak. Hebatnya ciptaan ALLAH!

Venus ini sebenarnya mahsyur secara kebetulan. Selepas dibela tuannya, Christina pada September 2009, Venus hidup seperti kucing peliharaan lain sehingga seorang yang tidak dikenali memuat naik foto dirinya yang unik pada tahun 2012 di Reddit.

Keunikan dan kecomelannya memikat hati jutaan netizen dan terkini memiliki 2.2 juta follower di Instagram, 1.3 juta di Facebook dan 14,100 langganan di saluran YouTube.

Foto tersebut menjadi tular sekelip mata hingga berjuta-juta pengikut di media sosial dari seantero dunia. Ia juga jadi titik tolak Christina mewujudkan Instagram @venustwofacecat dan mendokumentasikan kehidupan Venus hingga ke hari ini.

Komen netizen:

Capture1 98

Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my

 

 

Leave a Comment