(video) “Biarkan dia, itu bukan oyen..sekarang dia lampu” Kucing Buat Hal Sampai Tersangkut Buat Ramai Geleng Kepala

(video) “Biarkan dia, itu bukan oyen..sekarang dia lampu” Kucing Buat Hal Sampai Tersangkut Buat Ramai Geleng Kepala

Lihat sahaja pelbagai rakaman mengenai Si Oyen yang dimuat naik di sosial media. Pastinya cukup menghiburkan dan membuat ramai geli hati.

oyen buat hal 300x169 1

Buat pecinta haiwan, gelagat kucing yang nakal sering membuatkan mereka geli hati. Lebih-lebih lagi jika kucing itu berwarna oren yang sering diberi nama Si Oyen.

Tapi sebenarnya Si Oyen tersangkut di lubang lampu tersebut! Korang saksikan sendiri rakaman hasil dari kenakalan Si Oyen yang dimuat naik menerusi satu akaun TikTok dengan nama red.burn ini.

Salah satu perkongsian rakaman baru-baru ini dipaparkan Si Oyen seakan mengintai dari sebuah lubang di atas siling rumah. Lubang tersebut adalah untuk diletakkan mentol lampu.

Tapi melihatkan rakaman Si Oyen buat hal sampai tersangkut dalam lubang lampu siling ini macam lawak pun ada! Dah macam CCTV pula jadinya nampak dia ada di atas situ.

Kan dah tak pasal-pasal kena orang tolong Si Oyen turun dari lubang itu! Entah bagaimanalah si comel ini boleh naik ke atas dan tersangkut di situ.

Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 784 ribu tontonan dan 86 ribu likes. Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan tidak pelik bila nampak Si Oyen buat hal begini. Ini kerana Si Oyen memang cukup terkenal dengan kenakalannya.

Berikut merupakan antara komen daripada wargamaya:

Screenshot at Aug 09 13 15 18

“Dunia luas Yen..Kat situ jugak ko main”

Sumber: himpunanceritalawak

Leave a Comment