Vaksin semakin kurang berkesan, KKM nasihat ambil dos penggalak/dos ketiga – KJ

Keberkesanan vaksin turun, KKM saran ambil dos penggalak

Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan individu yang menerima janji temu dos penggalak vaksin COVID-19 untuk hadir mendapatkan suntikan tersebut. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini susulan kadar keberkesanan vaksin COVID-19 akan menurun selepas beberapa bulan.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan November 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita

  • Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini susulan kadar keberkesanan vaksin Covid-19 akan menurun selepas beberapa bulan.
  • “Sebab itu PICK (Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan) memberi dos penggalak.
  • “Pemberian dos penggalak yang berbeza dari dos asal dilaksana di banyak negara. Di Chile, dos penggalak Pfizer kepada penerima Sinovac meningkatkan keberkesanan sehingga 95%,” katanya melalui ciapan di Twitter, pada Isnin.
  • Mengulas lanjut, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau itu berkata, pemberian dos penggalak adalah strategi perlindungan yang penting terutamanya dengan pembukaan sektor ekonomi dan sosial.
  • “Jika anda menerima janji temu untuk dos penggalak, KKM menyarankan anda hadir dan menerima ‘booster shot’ untuk Covid-19,” ujarnya.
  • Kata Khairy, buat masa ini vaksin Pfizer-Biontech telah diluluskan untuk penggunaan dos penggalak bagi penerima vaksin Pfizer dan Sinovac.
  • “Kami juga sedang menilai kombinasi lain, untuk keselamatan dan keberkesanan dan akan mengumumkannya dalam beberapa minggu akan datang,” jelasnya.

Sumber: SinarHarian

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment