KKM diisi untuk jawatan tetap sebanyak 4,446

KKM diisi untuk jawatan tetap sebanyak 4,446

KKM diisi untuk jawatan tetap sebanyak 4,446.

KKM melalui satu hantaran di Facebook rasmi hari ini, memaklumkan kekosongan perjawatan dibuka terdiri daripada 3,586 pegawai perubatan Gred UD43, 460 pegawai pergigian UG41 dan 400 pegawai farmasi UF41.

Kementerian Kesihatan membuka permohonan untuk mengisi 4,446 kekosongan jawatan tetap sebagai pegawai perubatan, pergigian dan farmasi.

Katanya, calon berminat dan memenuhi syarat ditetapkan perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di http://spa9.spa.gov.my.

Baca Di Sini : Respon Mengenai Pengeluaran Khas 2.0 

Baca Juga : Semakan & Permohonan Petitsyen Pengeluaran Khas 2.0

Tarikh Tutup Jawatan Tetap

“Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan adalah pada 15 Mac ini, jam 11.59 malam.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini, turut berkongsi berita gembira itu menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya.

“Selamat memohon kepada yang layak. Kementerian Kesihatan akan terus mewujudkan lebih banyak peluang perjawatan tetap dari semasa ke semasa. #TawaranBaharuKKM,” katanya.

“Seperti yang telah saya janjikan, iklan untuk 4,446 jawatan tetap pegawai perubatan, pergigian dan farmasi telah dimuat naik di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini.

“Calon berminat perlu mendaftarkan atau mengemas kini permohonan bagi jawatan dan gred sebelum atau pada tarikh tutup iklan, selain memastikan pusat temu duga dikemas ini berdasarkan tempat khidmat semasa,” katanya.

Selain itu, katanya sekurang-kurangnya 1,500 jawatan tetap pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi akan diwujudkan di Kementerian Kesihatan pada setiap tahun mulai 2023 hingga 2025.

sebelum sebanyak 8,686 jawatan tetap tambahan membabitkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi akan diwujudkan di KKM sepanjang tempoh 2022 sehingga 2025.

Khairy dipetik berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 4,186 jawatan tetap tambahan akan diwujudkan di KKM tahun ini bagi tujuan melantik 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi.

KKM

Disclaimers – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih.

Leave a Comment