Keuntungan KWSP Hanya Berpihak Kepada Golongan T20, M40 – Semak Info Lanjut di sini!
Keuntungan KWSP Hanya Berpihak Kepada Golongan T20, M40 – Kuala Lumpur: Cadangan agar kerajaan membenarkan sekali lagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat hanya akan memberi manfaat besar kepada golongan T20 serta sebahagian M40 dan bukan secara menyeluruh terhadap mereka yang terkesan.
Kuala Lumpur: Cadangan agar kerajaan membenarkan sekali lagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat hanya akan memberi manfaat besar kepada golongan T20 serta sebahagian M40 dan bukan secara menyeluruh terhadap mereka yang terkesan.
Keuntungan KWSP Hanya Berpihak Kepada Golongan T20, M40
“Ini bermakna, mereka ini memang tidak boleh bersara kerana sasaran adalah untuk mencapai simpanan persaraan mereka sekurang-kurangnya RM250,000
“Oleh itu, jika dibenarkan pengeluaran KWSP, hanya pencarum T20 atau sebahagian M40 saja yang berupaya membuat pengeluaran kerana baki simpanan mereka banyak.
“Jadi ini sebenarnya satu bentuk penipuan kerana sepatutnya kerajaan menolong mereka bukan semakin menekan mereka dengan membenarkan mereka membuat pengeluaran wang sendiri.
“Kerajaan tidak sepatutnya membenarkan lagi pengeluaran KWSP, tetapi kerajaan patut menolong B40 dan berpendapatan rendah ini bagaimana untuk mencukupkan sasaran simpanan bersara mereka kepada RM250,000,” katanya kepada Harian Metro
Menurutnya, selain pencarum B40, 6.3 juta pencarum golongan M40 juga didapati mempunyai baki simpanan kurang RM10,000.
Keuntungan KWSP Hanya Berpihak Kepada Golongan T20, M40
Dari segi ekonomi, beliau berkata ia (pengeluaran KWSP) adalah satu jalan mudah kepada kerajaan untuk meningkatkan kadar pertumbuhan.
“Apabila pengambilan dibenarkan ia akan meningkatkan perbelanjaan isi rumah dan perbelanjaan isi rumah di Malaysia sangat penting di dalam menentukan kadar pertumbuhan Hasil Dalam Negara Kasar (GDP), jadi semakin banyak pengguna berbelanja, semakin tinggi GDP itu.
“Bagi kerajaan ini jalan mudah untuk melonjakkan ekonomi, tapi menjejaskan masa depan pencarum.
“Saya rasa kerajaan perlu melihat langkah lebih lestari yang tidak menjejaskan masa depan pencarum dan masa sama menolong isi rumah serta-merta,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, perlu ada satu sesi kumpulan pemikir bagaimana untuk menolong kumpulan B40, miskin dan golongan terjejas di Malaysia, terutama bagaimana mahu keluarkan mereka daripada kancah kemiskinan.
“Sebenarnya, simpanan persaraan RM250,000 sangat kecil kerana sasaran yang lebih baik adalah RM1 juta.
“Kerajaan perlu mencari jalan bagaimana menaikkan pendapatan bukan saja terhadap golongan bekerja malah peniaga, nelayan dan petani.
“Ini memerlukan strategi jangka panjang yang konkrit dan kerajaan mesti ada penyelesaian jangka panjang lestari yang dapat membantu 6.3 juta pencarum yang simpanannya kurang RM10,000 untuk mencapai matlamat bersara sekurang-kurangnya RM250,000.
“Kita perlu mencari jalan menambah kekayaan atau harta bagi setiap keluarga, sebagai contoh di Bangladesh semua rakyatnya diberi tanah percuma secara wajib, walaupun mereka datang sini bekerja, mereka ada tanah dan mencari wang di sini untuk membina rumah di sana.
“Kita banyak terlepas peluang terbabit dan B40 di negara ini tiada harta langsung dan kita kena tolong mereka dengan mencari penyelesaian lain bukan dengan bergantung pengeluaran KWSP semata-mata,” katanya.
Keuntungan KWSP Hanya Berpihak Kepada Golongan T20, M40