Kerajaan tidak akan laksana pendekatan populis – Rafizi
Kerajaan tidak akan laksana pendekatan populis – “Jika kerajaan memilih pendekatan yang populis kerana kita mahu mengadakan pilihan raya negeri dan membenarkan pengeluaran tersebut, langkah itu akan memberi impak buruk kepada kemampuan KWSP untuk menguruskan dananya,” katanya.
Beliau berkata kerajaan tidak akan mengambil langkah bersifat populis demi kebaikan negara pada masa hadapan walaupun mendapat tekanan hebat daripada segelintir rakyat.
“Tiada langkah bersifat populis. Kita sudah melalui fasa pentadbiran demi pentadbiran yang membuat keputusan untuk mendapat sambutan dan ‘like’di TikTok dan Facebook, dan kesannya kita merasainya sekarang,” katanya.
Kerajaan tidak akan laksana pendekatan populis – Rafizi
Terdahulu, Rafizi melancarkan tapak Mesin Layan Diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang pertama beroperasi di institut pengajian tinggi iaitu di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam di sini.
Kerajaan tidak akan mengamalkan pendekatan yang populis dengan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata pengeluaran wang tersebut akan mengurangkan saiz dana itu secara mendadak dan memberi impak buruk kepada kemampuan dan fleksibilitinya, justeru, mengehadkan strategi pilihan pelaburan sehingga memberi kesan terhadap pembayaran dividennya kepada pencarum.
“Sekiranya kita menempuhi situasi pasaran yang mencabar pada 2023 dan 2024, kita perlu mempunyai satu dana yang sama-sama berdaya tahan dan teguh supaya kita dapat melindungi kebanyakan daripada pencarum KWSP yang pada asasnya merupakan pencarum kecil,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak 100 buah mesin layan diri akan diletakkan di tempat awam dan beberapa lokasi yang mendapat permintaan seperti di stesen transit aliran ringan dalam tempoh sebulan.
“Inisiatif IPR ini adalah antara usaha kerajaan dalam menggalakkan persaingan sihat antara peniaga dan tidak bergantung kepada suntikan dana daripada kerajaan semata-mata,” katanya.
Mohon Juga: Semakan Bantuan E-Kasih 2023 Untuk Golongan B40
Semak Juga; Kerajaan muktamadkan Insiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2
Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – Kerajaan tidak akan laksana pendekatan populis