Bantu rakyat!!! Kerajaan perlu tambah jumlah Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Wajarkah kerajaan tambah jumlah BKC?

Kerajaan wajar menaikkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang menyaksikan bayaran maksimum RM1,300 iaitu jauh lebih rendah berbanding pendapatan garis kemiskinan purata negara RM2,208 sebulan, Dewan Negara diberitahu pada Isnin.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita

  • Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, hakikatnya, banyak kes Covid-19 sudah dilaporkan di beberapa Program Perumahan Rakyat (PPR) sejak tahun lepas menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan terbabit dan menjejaskan pendapatan penduduk.
  • Mengambil kira data terkini, sekarang ramai rakyat terutamanya M40 telah jatuh ke kategori B40 sejak awal tahun ini ketika PKP 2.0 dan makin parah apabila PKP 3.0.
  • “Kerajaan wajar menambah suntikan fiskal dengan meningkatkan jumlah BKC terutamanya untuk M40 kerana jumlah RM250 terlalu sedikit dalam keadaan rakyat sudah sampai ke peringkat terdesak,” kata Pemuda UMNO, Asyraf Dusuki.
  • Selain itu, Asyraf menggesa kemudahan i-Citra ditambah baik dengan dibenarkan pengeluaran secara sekali gus berbanding berkala setiap bulan dan kadar lebih tinggi mengikut simpanan pencarum, contohnya RM10,000 bagi yang ada simpanan RM100,000 ke atas atau lebih tinggi berkadaran dengan jumlah simpanan dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  • Kerajaan perlyu benarkan akses kepada Akaun Satu KWSP dan permudahkan pengeluaran i-Citra tanpa perlu melalui kerenah birokrasi dalam pengeluaran dan permohonan.
  • “Selain itu, dibenarkan akses kepada golongan T20 dan M40 untuk mengeluarkan caruman pada kadar lebih tinggi bagi tujuan melangsaikan komitmen-komitmen seperti hutang akibat daripada pendapatan yang terjejas secara mendadak,” katanya.
  • Oleh itu, kerajaan perlulah mempertimbangkan kenaikan jumlah bantuan BKC agar mampu menampung rakyat yang susah pada pandemik ini.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment