Kerajaan muktamadkan Insiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2

Kerajaan muktamadkan Insiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2

Kerajaan muktamadkan Insiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 – Kerajaan sedang memuktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Inisiatif ini juga tidak bercanggah Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran melalui pengeluaran pada umur persaraan.

“Ini adalah selaras dengan objektif pelaburan KWSP sebagai sebuah dana persaraan jangka panjang untuk melindungi dan menambah nilai simpanan ahli melalui pengisytiharan kadar dividen yang stabil dan mampan,” ujar MOF.

Maklumat terperinci mengenai inisiatif itu akan diumumkan oleh KWSP kelak.

Dalam pada itu, MOF menegaskan, kerajaan tidak akan pertimbangkan sebarang pengeluaran tambahan baharu simpanan KWSP kerana pengeluaran khas tersebut merupakan langkah untuk membendung impak Covid-19.

Menerusi kenyataan pada Selasa, Kementerian Kewangan berkata, inisiatif tersebut akan memberi kemudahan untuk ahli KWSP menggunakan baki simpanan dalam Akaun 2 sebagai sandaran bagi mendapatkan pembiayaan dari institusi perbankan.

“Inisiatif ini tidak akan membebankan rakyat kerana kadar faedah konvensional atau kadar keuntungan Islamik yang akan dikenakan oleh institusi perbankan yang terlibat dalam inisiatif ini dijangka di antara empat hingga lima peratus setahun,” kata kementerian itu.

Tambah MOF, kadar itu adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi dari institusi perbankan yang dikenakan pada sekitar lapan hingga 15 peratus.

Kerajaan muktamadkan Insiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2

Kerajaan muktamadkan Insiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2

Semak Juga: Ini Maklumat Terbaru Pengeluaran KWSP 2023

Mohon Juga: Kawal pengeluaran caruman KWSP elak implikasi jangka panjang

Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia

Malah, berdasarkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), kesemua negara yang telah membenarkan pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabung persaraan mereka semasa pandemik telah pun memberhentikan fasiliti pengeluaran awal sejak 2021.

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – Kerajaan muktamadkan Insiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2

Leave a Comment