Kerajaan akan bincang syor caruman KWSP majikan dinaikkan kepada 20 peratus

Kerajaan akan bincang syor caruman KWSP majikan dinaikkan kepada 20 peratus

Kerajaan akan bincang syor caruman KWSP majikan dinaikkan kepada 20 peratus – Cadangan supaya kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus ketika ini akan dibincang oleh kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri memaklumkan, cadangan berkenaan sudah dikemukakan, tetapi belum dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.

“Itu (cadangan) ada dikemukakan, tetapi kita belum bawa kepada Jemaah Menteri, akan dibincangkan dahulu (kerana) keputusan dasar, ada impak (kepada) kerajaan dan majikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Semalam, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyenaraikan cadangan terbabit dalam 12 syor untuk dipertimbangkan kerajaan, termasuk kajian semula umur bersara wajib.

Kerajaan akan bincang syor caruman KWSP majikan dinaikkan kepada 20 peratus

Semak Juga: Bantuan Tambahan Khas Sebanyak RM200 Untuk B40 & RM100 Untuk M40 

Mohon JUga: Ini Maklumat Terbaru Pengeluaran KWSP 2023

Kerajaan akan bincang syor caruman KWSP majikan dinaikkan kepada 20 peratus

Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dipetik berkata, pihaknya mahu majikan sektor awam dan swasta serta kerajaan, memberi keutamaan kepada 12 perkara itu dengan segera serta holistik sebagai hadiah sempena sambutan Hari Pekerja tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya mahu majikan sektor awam dan swasta serta kerajaan memberi keutamaan kepada 12 perkara itu dengan segera serta holistik sebagai hadiah sempena sambuta Hari Pekerja tahun ini.

Ini kerana, katanya lagi, lebih 15 juta pekerja berhadapan pelbagai cabaran, ujian dan dugaan yang tidak dapat dibayangkan sama sekali, demi memastikan kelangsungan hidup mereka.

JOIN TELEGRAM: https://t.me/portalsemakanmalaysia

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Kerajaan akan bincang syor caruman KWSP majikan dinaikkan kepada 20 peratus

Leave a Comment