Kenyataan Anwar ini agak pelik serta ganjil

Kenyataan Anwar ini agak pelik serta ganjil

Kenyataan Anwar ini agak pelik serta ganjil – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan orang Melayu sejak sebelum dan selepas kemerdekaan sudah meraikan kaum lain.

Dalam perkongsian di Facebook pagi ini dengan tajuk ‘Melayu Angkuh’, Dr Mahathir mempersoal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan ke Kemboja baru-baru ini yang memberi ingatan kepada orang Melayu supaya tidak berasa selesa dan angkuh.

“Saya juga dapat tahu dia membuat kenyataan itu setelah lawatan ke Kemboja dan berkata bahawa walaupun umat Islam Kemboja cuma 10 peratus, mereka diraikan, masjid tidak diroboh, hak mereka dipertahan malah diangkat sebagai menteri mewakili kepentingan mereka.

“Kenyataan Anwar ini agak pelik serta ganjil kerana ia menghina orang Melayu sebagai angkuh dan tidak bersikap seperti majoriti orang beragama Buddha di Kemboja yang meraikan minoriti Islam,” katanya.

Kenyataan Anwar ini agak pelik serta ganjil

Kenyataan Anwar ini agak pelik serta ganjil

Semak Juga: Rakyat mengadu kepada Kerajaan berkaitan KWSP

Mohon Juga: Bantuan Tambahan STR RM600 Dikreditkan Bulan April

Dr Mahatir menegaskan, orang Melayu sejak sebelum dan selepas merdeka telah meraikan banyak kaum lain.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerakyatan telah diberi kepada satu juta pendatang tanpa memenuhi syarat dan mereka dibenar meneruskan adat-resam, budaya, sekolah, bahasa, agama dan cara hidup negara asal mereka.

“Apabila Negara capai kemerdekaan, mereka diberi hak mengundi dan wakil-wakil mereka dilantik menjadi Menteri dan ke lain-lain jawatan tertinggi dalam kerajaan.

“Bukan seorang tetapi jika dikira dari sejak merdeka hingga hari ini, sudah ratusan jika tidak ribuan jika dicampur semua jawatan-jawatan menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen serta lain-lain jawatan penting,” katanya.

Beliau berkata, ekonomi negara jelas dalam pegangan bukan Melayu dan yang menjadi Billionaire lebih 90 peratus adalah bukan Melayu.

“Tokong-tokong besar yang dibina di merata tempat di Semenanjung Tanah Melayu tidak pernah merasa terancam.

“Begitu juga patung-patung keagamaan yang besar terdiri di serata pelusuk Tanah Melayu malahan di antara yang terbesar dunia terdapat di Kelantan, di mana penduduk Melayunya melebihi 95 peratus,” katanya.

Kenyataan Anwar ini agak pelik serta ganjil

Namun kerajaan pimpinan Perdana Menteri Melayu tidak benar isu berkait Melayu disiar, ia dianggap perkauman.

“Dahulu apabila saya kata Melayu malas ramai orang Melayu marah sedangkan tujuan saya untuk ingatkan bahawa kaum-kaum lain sudah menguasai hampir semua sektor ekonomi negara dan jika kita tidak rajin dan bangkit, kita akan hilang segala-galanya.

“Tetapi hari ini Anwar kata Melayu angkuh dan tidak mahu raikan kaum lain sedangkan orang Melayu sudah memberi ruang seluas-luasnya untuk kaum lain sehingga bahagian untuk orang Melayu sudah hampir lupus.

“Untuk orang Melayu pertahan serba sedikit yang tinggal itu Anwar anggap angkuh. Cuma apabila sudah tiada ada apa milik Melayu barulah tidak angkuh?” soalnya.

Kenyataan Anwar ini agak pelik serta ganjil

Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Kenyataan Anwar ini agak pelik serta ganjil

Leave a Comment