Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar Bagi Sektor Perkhidmatan Yang Terjejas

Apa itu Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)?

TRRF merupakan kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh BNM untuk memberikan bantuan dan sokongan pemulihan kepada PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan sejak bulan Jun 2020, kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

Siapakah yang layak memohon Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)?

PKS Malaysia: Pegangan saham oleh warganegara Malaysia sekurang-kurangnya sebanyak 51% dan seperti yang
ditakrifkan oleh SME Corp.

PKS Malaysia dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 sejak bulan Jun 2020 (kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan) seperti:

a) Perkhidmatan peribadi (cth. membaiki komputer / barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)
b) Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
c) Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial
d) Seni, hiburan dan rekreasi
e) Perdagangan borong dan runcit
f) Perkhidmatan perniagaan (cth aktiviti profesional, saintifik dan teknikal; pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan)

Cara Permohonan Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)

PKS boleh menghubungi dan memohon pembiayaan TRRF daripada 21 institusi kewangan peserta:

  1. Affin Bank Berhad / Affin Islamic Bank BerhadAlliance Bank Malaysia Berhad / Alliance Islamic Bank
    Berhad
  2. Ambank (M) Berhad / AmBank Islamic Berhad
  3. Bangkok Bank Berhad
  4. Bank Islam Malaysia Berhad
  5. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank
    Rakyat)
  6. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  7. Bank of China (Malaysia) Berhad
  8. Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
  9. Bank Simpanan Nasional
  10. CIMB Bank Berhad / CIMB Islamic Bank Berhad
  11. HSBC Bank Malaysia Berhad / HSBC Amanah
    Malaysia Berhad
  12. Hong Leong Bank Berhad / Hong Leong Islamic Bank
    Berhad
  13. Malayan Banking Berhad / Maybank Islamic Berhad
  14. MBSB Bank Berhad
  15. OCBC Bank (Malaysia) Berhad / OCBC Al-Amin Bank
    Berhad
  16. Public Bank Berhad / Public Islamic Bank Berhad
  17. RHB Bank Berhad / RHB Islamic Bank Berhad
  18. Small Medium Enterprise Development Bank Berhad
    (SME Bank)
  19. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  20. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

Amaun Bantuan

• PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM500,000 dan sehingga RM75,000 bagi perusahaan mikro.
• Tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun, dengan moratorium ke atas ansuran bulanan selama 6 bulan

 

Tarikh pendaftaran

Sehingga 31 Disember 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya (mana-mana yang lebih awal)

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, anda boleh melihat soalan lazim FAQ di sini

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

 

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment