“Kembar terpisah ke ni?”- Ramai teruja Fazura jumpa wanita seirasnya

“Kembar terpisah ke ni?”- Ramai teruja Fazura jumpa wanita seirasnya

Beberapa minggu lalu, tular di platform TikTok mengenai seorang wanita dikatakan seiras dengan pelakon dan usahawan cantik, Nur Fazura sehingga menarik perhatian ramai.

Pun begitu, wanita dikenali sebagai Ellya Fara itu dikatakan ‘terhegah-hegeh’ kerana sering menghasilkan video berkaitan pelakon tersebut dengan mengulang berkali-kali ayat ‘Saya bukan Fazura ya’ sehingga mengundang rasa muak ramai.

Fazura jumpa kembar seiras di Faztival Fazura?

Terbaharu, Elle memuat naik video berjumpa dengan selebriti berusia 39 tahun di konsert sulung anjuran Fazura, Faztival Fazura 2022 yang berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Menerusi hantaran dikongsikan, dilihat Elle sedang berlari-lari anak menuju ke arah Fazura sebelum mereka berdua berpelukan.

“Masih belum ‘move on’. Terima kasih, Kak Faz Fazura. Anda sangat baik pada saya dan seperti malaikat,”luahnya di ruangan kapsyen.

LIHAT VIDEO DISINI

2 7

3 2

2 8

 

Sebijik! Kembar terpisah ke ni?

Rata-rata warganet meninggalkan pujian di ruangan komen di ramai tidak menyangka wanita tersebut benar-benar ‘iras’ seperti Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin.

ss1 12

ss2 7

ss3 8

ss4 6

ss5 5

Fazura patut pakai baju cerah macam Elle

Selain itu, ada juga menyatakan pendapat bahawa aktres tersebut sepatutnya memakai pakaian senada dan sewarna dengan wanita tersebut supaya menampakkan ia benar-benar seperti kembar.

Humble dan friendly Fazura ni

Malah, warganet juga memuji sikap isteri kepada pelakon Fattah Amin itu yang dilihat sangat merendahkan dirinya dan mesra apabila berjumpa dengan seseorang yang dikatakan ‘kembar’.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: oh my media

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di My Info Kerja

 

Leave a Comment