Kemaskini STR 2023: Update Maklumat Bantuan Tunai Rahmah
Kemaskini STR 2023: Update Maklumat Bantuan Tunai Rahmah – Pembukaan skrin kemaskini maklumat Permohonan STR 2023 adalah bagi membenarkan penerima sedia ada yang berstatus Lulus untuk membuat kemaskini maklumat asas yang meliputi maklumat berikut;
Kemaskini STR 2023: Update Maklumat Bantuan Tunai Rahmah
1.Maklumat asas pemohon seperti;
-Nombor telefon bimbit
-Pekerjaan
-Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
-Status Perkahwinan
-Alamat terkini
-Nama Bank
-No Akaun Bank
-Alamat email
2.Maklumat pasangan
3.Maklumat anak
4.Maklumat wakil
5.Tempoh Kemaskini
Tempoh Kemaskini STR
Bagi memastikan penerima sedia ada membuat pengemaskinian maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023), skrin kemaskini maklumat permohonan STR kini dibuka bagi tujuan tersebut.
Penerima bantuan Kerajaan STR yang ingin membuat kemaskini maklumat di nasihatkan untuk berbuat demikian sebelum tarikh tutup.
Berikut adalah maklumat mengenai kemas kini Bantuan Rahmah 2023.
Tujuan Kemaskini Maklumat STR 2023
Semakan Status Terkini STR
Sekiranya semakan status dibuat dan didapati permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.
Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.
Kemaskini STR 2023: Update Maklumat Bantuan Tunai Rahmah
Semak Juga: Pengeluaran Kecemasan KWSP Untuk Membantu Rakyat
Baca Juga: Tak Perlu Keluarkan KWSP, Bantuan Penting Khususnya Untuk B40 Akan dimumkan
Kemaskini STR 2023: Update Maklumat Bantuan Tunai Rahmah
Siapa Yang Perlu Kemaskini?
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
Penerima STR Fasa 1 yang tiada sebarang perubahan maklumat, tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat
Walaubagaimana pun sekiranya anda tidak membuat kemas kini, permohonan STR anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada Bantuan Keluarga Malaysia
Kemaskini STR 2023: Update Maklumat Bantuan Tunai Rahmah
Kaedah Kemas Kini Maklumat
Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dibuat seperti berikut:
Secara dalam talian di Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bantuantunai.hasil.gov.my ; atau
Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan STR 2023 di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) yang berhampiran
Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.
Cara Kemas Kini Maklumat Melalui Online
-Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
-Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
-Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2023
-Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
-Lengkapkan maklumat yang diperlukan
-Klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
-Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang SAHKAN CAPTCHA
-Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumatyang dipaparkan tepat kemudian Tick butang kotak kecil
-Hantar
-Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.