GKP 4.0 PEMULIH
LHDN menggesa pemohon Geran Khas Prihatin PERMAI, PEMERKASA+, GKP 3.0 dan GKP 4.0 yang lulus tetapi status pembayaran adalah Gagal Kredit untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank mereka bermula 6 Disember sehingga 20 Disember 2021.
–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran
Apa itu GKP 4.0?
GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Ia adalah sambungan daripada GKP 1.0, 2.0 dan 3.0. GKP 3.0 telah diumumkan oleh Bekas Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021, manakala GKP 4.0 diumumkan melalui Perutusan Khas PEMULIH pada 28 Jun 2021.
Intipati berita
- Untuk makluman pemohon yang Gagal Kredit GKP perlu memastikan akaun bank yang dikemas kini adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.
- “Mereka juga boleh memberikan nombor akaun semasa peribadi dan bukan akaun bank semasa syarikat.“
- Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank selain daripada akaun bank yang telah didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini, pemohon dikehendaki untuk membuat pengesahan dengan pihak bank berkaitan status aktif akaun bank tersebut dan akaun bank itu adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan).
Semakan kemaskini akaun GKP:
- Pergi ke laman web https://gkp.hasil.gov.my
- Klik ‘Log Masuk’ di bahagian kanan atas.
- Isikan nombor kad pengenalan.
- Sahkan kod keselamatan.
- Isikan kata laluan.
- Kemaskini maklumat akaun bank yang betul.
- Tarikh pembayaran semula ke akaun bank yang telah dikemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
- Jika ada sebarang masalah sila isikan maklum balas di portal rasmi LHDNM turut disediakan di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/
–> Sila baca Kaunter KWSP Dibuka Untuk Perkhidmatan Terpilih Bermula 1 Julai – Janji Temu Online (JTO)