Kemaskini Nombor Telefon KWSP
Di sini, kami ingin berkongsi cara-cara untuk mengemaskini atau tukar nombor telefon yang berdaftar di KWSP anda. Jika anda telah menukar nombor telefon, terdapat dua cara untuk memohon i-Citra 2021.
Cara 1: Hadir ke Kiosk KWSP terdekat
- Daftar nombor telefon TAC/OTP melalui kios KWSP yang berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.
- Untuk dapatkan lokasi-lokasi Kiosk KWSP, klik di sini.
- Nombor telefon akan dikemaskini dalam sistem dalam tempoh 24 jam dari tarikh pengemaskinian di kios.
- Permohonan i-Citra hanya boleh dibuat melalui portal selepas tempoh tersebut.
–> Sila baca Cara Permohonan Program Bakul Makanan Bagi B40, Ibu Tunggal, Kurang Pendapatan Hilang Pekerjaan
Cara 2: Jawab Semua Soalan Sekuriti
Jika anda ingin membuat permohonan i-Citra tanpa menukar nombor telefon atau tanpa keluar ke kiosk / kaunter KWSP, anda boleh memilih untuk menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan di bawah.
Melalui cara ini, cara permohonan ini tidak memerlukan anda untuk kunci masuk OTP.
Maklumat Lanjut
- Boleh bertanya dengan menggunakan fungsi ASK ELYA di laman utama icitra.kwsp.gov.my
- Boleh gunakan talian hotline i-Citra di 03-8922 4848
–> Sila baca Senarai Bantuan Pakej PEMULIH Yang Diumumkan PM Petang Tadi ~ BPR Fasa 3, i-Citra KWSP, Bantuan Tunai