Kemaskini Maklumat Akaun Bank BKC Bagi Yang Gagal Kredit
Kepada penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang berstatus gagal kredit atau yang tiada maklumat akaun bank sebelum ini, pihak LHDN memaklumkan agar membuat kemas kini maklumat akaun bank bagi tujuan bayaran BKC Fasa seterusnya.
–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran
Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021
Intipati Berita
- Untuk makluman, pembayaran BKC fasa 1 telah dibuat pada awal September yang lalu. Masing-masing menerima bayaran mengikut status dan kategori pemohon.
- Oleh yang demikian, untuk fasa seterusnya pihak LHDN memohon penerima sebelum ini yang bersatus gagal kredit atau tiada maklumat akaun bank agar membuat kemaskini bagi memudahkan urusan pembayaran seterusnya.
- Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.
Kemas kini Maklumat Akaun Bank BKC
Bagi mereka yang menerima status kredit “GAGAL KREDIT” melalui semakan Bantuan Khas Covid-19, anda boleh membuat kemas kini melalui dua cara iaitu;
- Secara dalam talian
- Manual
Sekiranya ingin kemas kini secara dalam talian (online), boleh berbuat demikian melalui portal BKC https://bkc.hasil.gov.my/
Akaun bank yang hendak dikemaskini hendaklah akaun bank berstatus aktif.
Tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank BKC
Tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank boleh dibuat pada portal BKC https://bkc.hasil.gov.my/ mulai 7 Oktober 2021 sehingga 21 Oktober 2021.
Tarikh Pembayaran BKC Untuk Fasa 2
Pembayaran BKC untuk fasa 2 adalah pada bulan November 2021.
Tarikh sebenar akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas ini.
Berdasarkan pengalaman bayaran BKC fasa pertama yang lalu, proses pengkreditan Fasa 1 dikreditkan pada awal bulan iaitu pada 6 September dan selesai sekitar 10 September 2021.
Oleh yang demikian, berkemungkinan juga proses pengkreditan fasa 2 pada awal bulan ataupun bergantung kepada pengumuman kerajaan selepas ini.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web LHDNM atau Soalan Lazim di sini.
–> Sila baca Kaunter KWSP Dibuka Untuk Perkhidmatan Terpilih Bermula 1 Julai – Janji Temu Online (JTO)