Keluarkan Caruman KWSP Sekali Lagi Apa Salahnya?
Keluarkan Caruman KWSP Sekali Lagi Apa Salahnya? – Saya antara penyumbang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menandatangani petisyen anjuran Pertubuhan Gagasan Rakyat (PGIR).
petisyen bagi menuntut kerajaan membenarkan permohonan Pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar. Berhenti secara sukarela atau tidak mempunyai pekerjaan tetap. (Keluarkan Caruman KWSP)
Keluarkan Caruman KWSP Antara kategori terbabit ialah bekas pekerja yang kini suri rumah dan ibu tunggal tidak mempunyai pekerjaan, serta bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum.
Jumlah seperti yang dilaporkan ialah 226,996 orang iaitu jauh lebih kecil daripada jumlah keseluruhan pencarum KWSP.
Sudah tentu kita tahu baki wang kita dalam akaun sebelum membuat keputusan untuk menandatangani petisyen.
Selain itu, pencarum berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) berumur 54 tahun ke bawah yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 dibenarkan mengeluarkan 30 peratus daripada akaun.
Diharap selepas ini tiada lagi fakta lapuk seperti peratusan ahli berbaki di bawah RM5,000 yang dibimbangi kerajaan. Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa faedah untuk penjawat awam.
Alhamdulillah, dengan pengumuman tersebut, kami sebagai rakyat amat gembira dengan keprihatinan yang ditunjukkan.
Soalan saya, kenapa kerajaan sentiasa melihat dan mengambil berat apa sahaja yang dituntut oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)? Bagaimana dengan kita yang bukan penjawat awam?
Hanya untuk 226,996 orang yang telah membuat tuntutan. Kami tidak meminta wang daripada kerajaan. Kami telah lama berhenti menyumbang.
Sehubungan itu, kami memohon agar tuntutan ini dipandang serius, mesti disegerakan dan prosesnya dilancarkan.
ZULKEFLI YAHAYA, Kuala Lumpur – Artikel ini ditulis oleh ZULKEFLI YAHAYA seorang rakyat Malaysia yang ingin meluahkan perasaan.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.
Sumber: UTUSAN