Kelayakan Penerima Bantuan BAP RM500 Sebulan Untuk Sekeluarga

Kelayakan Penerima Bantuan BAP RM500 Sebulan Untuk Sekeluarga

Kelayakan Penerima Bantuan BAP RM500 Sebulan Untuk Sekeluarga – BAP juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Kadar bagi BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.

Kelayakan Penerima Bantuan BAP RM500 Sebulan Untuk Sekeluarga. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Kelayakan Penerima Bantuan BAP RM500 Sebulan Untuk Sekeluarga

Kelayakan Penerima Bantuan BAP

Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Selaras dengan itu, terdapat satu ibantuan yang dikenali sebagai BAPyang melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM250 Sehingga RM500 kepada yang layak.

Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Syarat Kelayakan

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; atau
Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

Cara memohon
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara:
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
– Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
– alinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
– Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
– Salinan penyata gaji (jika ada); dan
– Lain-lain dokumen yang berkaitan

Kelayakan Penerima Bantuan BAP

Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi JKM

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Tuntutan Pengeluaran Khas kwsp 2.0 Kali Terakhir

Status Bantuan Semakan Baitulmal

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment