Kegagalan Kerajaan Membawa Padah Banjir
Rayuan meminta tolong rakyat yang seperti tidak diendahkan kerajaan, sehingga membawa kepada kematian serta penafian yang membuktikan ketidakcekapan kerajaan dalam membantu rakyat sendiri. Lihat sendiri dokumentasi banjir sebenar, tanpa ada unsur penapisan yang cuba ditutup oleh beberapa pihak.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
Pada permulaannya
Bencana banjir ini adalah tidak lagi asing kepada negeri ini pada hujung tahun, tetapi tiada tindakan susulan yang difokuskan seperti membaiki sistem perparitan di negeri-negeri membangun, pembersihan yang kerap juga tidak diambil tahu, walhal isu banjir ini pernah dibangkitkan pada bulan Julai lalu oleh Nurul Izzah:
“Kena ada beberapa perancangan kerana kita akan mengalami banjir di kala pandemik. Jadi kesiapsiagaan ini saya minta sangat-sangat dalam pelan pemulihan diambil kira dengan serius khususnya oleh Kementerian Kewangan.
“Dan saya juga akan serahkan dapatan survey kepada Jabatan Statistik (Perangkawan) termasuk Kementerian Kewangan kerana pada saya isu ini its once in a life time. Bila lagi nak dapat pandemik, kita lihat kerapuhan, kelemahan sistem dan kita ada peluang untuk perbaiki,” katanya.
Amaran Awal
Pada usulnya, sebelum bencana banjir ini berlaku, Jabatan Metereologi telah mengeluarkan amaran mengenai hujan lebat dan ribut kencang. Kita semua tahu musim tengkujuh selalunya akan berlaku di Pantai Timur, namun kali ini, banjir mengejut berlaku di kawasan Shah Alam dan Klang. Ini kerana angin yang dibawa oleh Monsun Timur Laut melakukan lekukkan mendadak di Selat Melaka. Dan ianya membawa luruan hujan yang sangat lebat serta guruh dan petir seperti kita alami pada malam semalam terutamaya di bahagian Shah Alam dan Klang.
Namun begitu, kita tidak boleh menyalahkan perubahan angin monsun kerana walau apapun terjadi, kerajaan tetap perlu menyediakan plan migitasi dan pelan mengelak bencana banjir yang lebih teruk, namun walaupun terdapat amaran awal, tiada tindakan awal dilakukan walaupun usul banjir pernah dibawa ke parlimen dengan lebih awal.
Ketidakendahan Ahli-Ahli Kerajaan
Ketika rakyat sedang bergelut dengan air banjir yang deras, kelaparan dan kesejukan mengharungi banjir, kehilangan rumah dan tempat tinggal, terdapat convention UMNO – BERSATU yang sedang berlangsung.
the fireworks are from MITEC direction where they are having their convention. pic.twitter.com/ET2oEG2eyg
— twkho2 (@twkho2) December 18, 2021
Pada masa yang sama….
Bagaimanakah kerajaan masih boleh bersuka ria dikala mana rakyatnya sedang menghadapi bencaya yang meragut nyawa, tempat tinggal dan kehidupan mereka? Tidakkah fokus utama terus kepada rakyat? Apabila bencana seperti ini berlaku, bukankah kerajaan patut menunda dahulu dan mengerah semua badan-badan penyelamat untuk membantu rakyat? Pada ketika ini, adapun rakyat yang masih di atas atap rumah mereka, masih terperangkap di dalam kereta dan ada yang telah berada di pusat pemulihan namun terdedah dengan pelbagai penyakit dan kekurangan bekalan makanan dan air bersih.
Malah, sambil anda membaca artikel ini, masih ada ahli-ahli keluarga yang terkandas di kemelut banjir yang belum lagi dijumpai pasukan penyelamat dan sukarelawan. Mereka mungkin belum makan selama tiga hari, hanya mampu berdoa agar mereka dijumpai sebelum nyawa mereka melayang.
Akhirnya, kerajaan turun padang. Tetapi…
Ni video masa PM meninjau mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Telok Gong, Klang, pagi tadi. Antara PPS terawal dibuka di Port Klang.. Apa yang dia tinjau pun tak tahu lah.. 3hari rakyat huru hara dekat sini, baru muncul. pic.twitter.com/UzrN6WZizI
— Jalal Misai Akaun Baru (@jllmisai) December 19, 2021
Tinjauan daripada ahli-ahli kerajaan.
Setelah “tinjauan” dibuat, keluar pula kenyataan bahawa isu makanan tidak mencukupi telah selesai.
Apa yang selesai? Rakyat masih merata-rata terkandas di banyak pusat pemulihan yang tidak mempunyai makanan. Tidak mempunyai bekalan air bersih. malah tidak mempunyai elektrik!
3 calls, 3 families – Taman Sri Muda sec 25.
1st family – 3pax (all elderly 50years old and above)
2nd family – 2 pax (1 Stroke, one deaf and autism)
3rd family – 4pax (1 Pregnant woman and 1 kid)— Hébé ????️ (@azeeraagullana) December 19, 2021
TOLONG ORANG SHAH ALAM pic.twitter.com/o1PtpbWqn2
— Shabina? (@ketengahketepi) December 19, 2021
PERHATIAN !!!
Ayuh fokus dan bantu mangsa banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat & Taman Sri Muda, Shah Alam.
Dua kawasan ini masih ada yang belum mendapat bantuan untuk ke PPS, makanan, minuman dan pakaian.
Di Hulu Langat tiada sumber elektrik dan air#DaruratBanjir
— Alif ?? (@Aliffzikryy) December 19, 2021
Paling menyedihkan sekali: penafian berlakunya KEMATIAN di TELEMONG.
Apabila berlakunya bencana alam seperti ini, pastinya ada kematian. Ada lagi banyak kematian yang belum disahkan, namun kita tidak tahu mungkin ada berpuluh-puluh kematian oleh kerana lemas air yang deras ini.
Sungguh menyedihkan. Kenapa sanggup menafikan kematian yang jelas sekali dialami dan dilihat dengan mata kepala rakyat sendiri, malah ada bukti yang disebarkan kerana ingin meminta tolong?
Kenapa perlu nafikan benda ini?
Ini bukan palsu. Orang chemomoi sndiri pergi nk cari mangsa. Ya allah. Doakan. Setiap masa tunggu update dari orang sana keadaan mangsa iaitu jiran saya sndiri. pic.twitter.com/OL8rTm8oZ2
— ? Ice Tea ?? (@aisbiru) December 20, 2021
Dan banyak lagi kematian…
Banyak lagi kematian yang tidak direkodkan. Masih banyak lagi yang belum diselamatkan. Sudah tiga hari dan banjir ini akan lebih teruk kerana angin monsun masih lagi belum reda serta empangan-empangan yang penuh mula dilepaskan.
Siapa yang membantu? #RakyatJagaRakyat
Just ordinary Malaysians doing their bits helping each other sending food items to Sri Muda area.?Kemuning Utama #BanjirDarurat #RakyatJagaRakyat pic.twitter.com/uNDflhEsot
— kumar (@kumarrr_hary) December 20, 2021
Serious tadi call bomba and bomba tak sampai, so the residents decided to cut the fence and bawak diorang masuk area condo and let them stay dekat dewan tingkat 3, semua bawak turun towel, selimut, makanan to them – @FieEomma Twitter
Ada rakyat yang beri bantuan makanan, pakaian, dan juga tumpangkan rumah. Ada juga rakyat yang sendiri turun ke kawasan dan selamatkan mereka yang terkandas. Ada juga rakyat yang membantu menggunakan kereta pacuan 4 roda 4×44 untuk memindahkan barang, haiwan-haiwan peliharaan dan ramai lagi rakyat yang sanggup menjadi sukarelawan dan rakyat yang bantu menyebarkan maklumat mengenai keberadaan orang-orang yang perlu diselamatkan.
Terima kasih semua yang gigih membantu sesama sendiri. Semoga pertolongan kamu diberikan ganjaran di akhirat kelak. Bantulah sesama sendiri kerana pada masa ini, we only have each other. Stay safe.
Senarai yang ingin menyumbang bantuan boleh menghubungi pihak-pihak di bawah:
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih