Lama Tidak Berlakon, Keadaan Terkini Pelakon Eja Selepas Lama Menghilang Diri Dalam Lakonan Dapat Perhatian Ramai
Pelakon berbakat besar ini pernah memenangi anugerah untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia yang ke-24.
Siti Shahrizad Sharifudin atau lebih dikenali sebagai Eja merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang cukup berbakat. Beliau yang dulu kalanya juga merupakan pengacara Roda-Roda Impian di Astro Ria dari 1999 sehingga 2003.
Di dalam posting tersebut, Eja bersama dengan anaknya Eishal hanya berbaju kurung moden berona pink yang kini meningkat remaja. Begitu cantik dan simple penampilannya. Rata-rata rakan artis juga turut memuji kecantikan dua beranak itu.
Namun sudah agak lama pelakon berwajah manis ini menghilangkan diri dalam dunia industri. Bagaimanapun Eja sama juga seperti yang lain apabila dia juga ada memuatnaik gambar-gambar Hari Raya baru-baru ini di media sosial cuma dia kurang aktif dalam dunia lakonan mahupun mengacara.
Lawa sgt kal eja & Eishal
Haihhh anak beranak ni cantik betulπππ
Flawlessnya kulitmuka! I like like the style much much! π
MashaAllah cantiknyaaa.. Boleh kak eja share baju beli mana. Berkenan sungguh
Selamat hari raya kakakku yg cantik π
βApa yang pasti, tumpuan utama Eja sekarang adalah kepada keluarga dan anak perempuannya, Nur Eishal. Apatah lagi, anak tunggal Eja kini sudah meningkat remaja dan memerlukan sepenuh perhatian daripadanya sebagai ibu.β
βKini saya lebih suka bersendiri jauh dari sorotan lampu glamor yang pernah dikecap dahulu. Memang ada mendengar kata-kata kecil saya sudah tidak mahu bergaul lagi atau sudah somb0ng. Saya bukan begitu, sebenarnya mahu betul-betul manfaatkan masa yang bersisa dengan Pencipta, suami dan anak.β
Demi memastikan anak tersayang menerima didikan sebaiknya, Eja sanggup tidak menerima sebarang tawaran berlakon dan tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti. Besar sungguh kasih sayang seorang ibu!
Apapun, semoga Eja terus berbahagia bersama keluarga tercinta.!
Sumber:IG Eja78