Kaunter KWSP Janji Temu Online
KWSP akan membuka semula semua kaunter perkhidmatan cawangan di seluruh negara untuk perkhidmatan terpilih bermula 1 Julai 2021, dari 8:30 pagi hingga 2:00 petang pada hari bekerja.
–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran
Apa itu Janji Temu Online?
Melalui Janji Temu Online, anda boleh membuat janji temu secara dalam talian dengan lebih awal untuk berurusan di kaunter KWSP untuk perkhidmatan yang disediakan.
Cara-cara membuat e-Janji Temu
- Pergi ke laman web KWSP Janji Temu Online di sini.
- Scroll ke bawah di bahagian Jadualkan Janji Temu Di Sini.
- Masukkan negeri dan cawangan KWSP berhampiran anda.
- Tekan “Seterusnya”.
- Pilih cawangan janji temu dan tujuan “Saya ingin membuat janji temu untuk…”
- Isi maklumat yang dikehendaki dan buat pengesahan.
- Hadir ke cawangan KWSP yang dipilih bersama-sama dokumen penting.
Panduan Pengguna yang lebih lanjut boleh didapati di sini.
Apa perkhidmatan yang diberikan melalui kaunter KWSP?
Perkhidmatan KWSP yang ditawarkan secara janji temu adalah seperti berikut:
- Pengeluaran Kesihatan
- Pengeluaran Kematian
- Pengeluaran Umur 50/55/60 tahun
- Penyerahan Arahan Bayaran (PO) dan cek jurubank pengeluaran
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut tentang Janji Temu Online KWSP boleh didapati di laman web rasmi KWSP, laman Facebook KWSP atau ke Soalan Lazim Janji Temu di sini.
–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021